Posts

Showing posts from July, 2014

Buah Binjai.. mengecurkan air liur anda

Image
Buah binjai yang kini musimnya sama dengan musim buah durian memang mengecurkan airliur anda, baunya sahaja sahaja sudah mampu melelhkan air liur anda. Itu belum lagi jika disediakan dengan taburan gula, belacan dan lada. Memang mengancam. Binjai , nama saintifiknya ialah  Mangifera caesia  merupakan spesies  tumbuhan berbunga  dalam keluarga,  Anacardiaceae . Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan  mangga  dan ditanam di  Malaysia ,  Indonesia ,  Singapura ,  Brunei ,  Papua New Guinea ,  Kerala  dan  Filipina . Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi.  Bunganya  berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal.  Buahnya  besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuni...

Terengganu Optimis Capai 5 Juta Pelancong

Image
comotdomot.blogspot.com Terengganu optimis bakal mencapai sasaran kehadiran pelancong sehingga 5 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan statistik Kedatangan pelancong asing menunjukkan peningkatan seramai 2.4 juta melawat negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Statistik menunjukkan seramai 2 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dalam tempoh sama tahun lepas. Pengurus Kanan Tourism Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, rekod kedatangan pelancong menunjukkan kenaikan seramai 400,000  berbanding tahun lepas memberikan gambaran jelas yang kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, 5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini. Ishamudin berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kursus “We are the host” yang berlangsung di Hotel Permai Inn, baru-baru ini. Kursus sehari, yang melibatkan pengayuh teksi roda tiga, pemandu kereta sewa lapangan terbang, artis budaya SUKTRA dan artis budaya Jabatan k...

career4MY : Jawatan Kosong di LKIM 2014

career4MY : Jawatan Kosong di LKIM 2014 : LKIM atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memerlukan beberapa perjawatan untuk di isi. Di antara jawatan yang diperlukan adalah sebagaiman...

career4MY : Temuduga terbuka Lembaga Tabung Haji untuk para gr...

career4MY : Temuduga terbuka Lembaga Tabung Haji untuk para gr... : Lembaga Tabung Haji akan mengadakan temuduga terbuka utk pengambilan program Skim Latihan 1Malaysia.  Bermula jam 8 pagi hingga 2 pe...

career4MY : Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu

career4MY : Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu : Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan JAWATAN KOSONG kepada rakyat Negeri TERENGGANU bagi jawatan berikut: 1. JURUTERA (kontrak) Gr...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan ban...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan ban... : Entry kali ini lebih kepada Memohon Bantuan Untuk GAZA, Palestine. Perang 10 Ramadhan yang dilancarkan oleh Reziom Zionis Israel telah ...

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA melalui AQSA SHARIF

Budak KG Setiu...: Jom Bantu GAZA melalui AQSA SHARIF : Pengenalan / Sejarah Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh...

Pak Nor Satar Guna Pakai Inovasi Baru- Teganu Kita

Image
Peniagaaan satar dan otak-otak Pak Nor Satar di Kampung Padang Polis, Batu Rakit kini mengguna pakai inovasi baru dengan menghasilkan satar dan otak-otak sejuk beku sebagai usaha memajukan lagi perniagaan milik arwah bapa. Antara produk itu termasuk satar dan otak-otak kulit popia, nugget satar dan nugget otak-otak dan keropok lekor segera Pengurus Operasi Syarikat Pak Nor Satar dan Otak-otak Enterprise, Mohd Sahir Mohd Nor, 33, berkata syarikatnya memerlukan kira-kira 60 kilo pelbagai hasil laut bagi menghasilkan lebih 5,000 biji satar dan otak-otak dalam tempoh tiga hari. “Ikan tenggiri, selayang, tambang, sotong, udang dan ketam antara resipi yang menjadi adunan Pak Nor Satar sejak mencuba inovasi yang dipelajari dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) itu. “Harga yang ditawarkan antara RM5 hingga RM12 sebungkus bergantung kepada jenis ikan dan produk yang ditawarkan,” katanya kepada teganukita.my. Syarikat itu pernah menerima bantuan p...

Asam Gumpal Laris Menjelang Ramadan- Teganu Kita

Image
Asam gumpal antara makanan tradisional paling laris setiap kali menjelang Ramadan dan mudah diperoleh di puluhan gerai juadah dan bazar Ramadan di Terengganu. Pengusaha makanan itu , Wan Kalsom Wan Jusoh atau ingin disapa Kak Han, berkata menerima tempahan antara 2,000 hingga 3,000 biji asam gumpal sehari menjadi perkara biasa baginya bersama lima pembantu lain sebaik menjelang awal Ramadan dan akhir Syawal “Saya kadang kala pening untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya berganda berbanding hari biasa. “Rata-rata pelanggan yang datang menempah makanan tradisional itu untuk pelbagai tujuan, termasuk dihidangkan kepada tetamu majlis berbuka puasa, rumah terbuka, mengagihkan kepada jiran atau saudara dan dijadikan sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa,” katanya. Katanya, jika kuantiti tempahan berjumlah 2,000 hingga 3,000 sehari, sebanyak 15 hingga 20 kilogram tepung sagu diperlukan dan bahan sampingan lain yang turut digunakan, santan, kacang hijau dan ...

Pakej Berbuka Puasa di Agro Resort serendah RM29.00 seorang dan promosi bilik sehingga 50%

Image
Pakej Berbuka Puasa di Peladang Setiu Agro Resort Bufet  Dewasa             RM29.00 seorang kanak-kanak    RM20.00 seorang Pelbagai menu menarik seperti ayam kampung goreng, Gulai kerutub itik, kerabu perut, dan macam-macam lagi bersama ulam-ulaman dan budu Juga Promosi Penginapan sehingga 50% sepanjang Ramadhan dengan serendah ; RM49.00 semalam bagi chalet New Link, RM65.00 semalam - Garden Chalet RM75.00 semalam - Pool View Chalet *promosi sah untuk bilik sahaja *sah sehingga 26 Julai 2014 *tertakluk pada terma dan syarat Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 0199192240 atau 0148162245

Idea menarik: Mat Periuk tawar bufet serendah RM10 seorang

Image
BAGI  yang mencari hidangan berbuka ekonomi, namun masih menyelerakan, mungkin boleh cuba bufet Ramadan yang disediakan di MatPeriuk di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini. Dengan caj hanya RM10 seorang, MatPeriuk yang diusahakan oleh adik beradik ini tampil dengan kelainan dari segi pilihan hidangan untuk menarik perhatian pengunjung. Pengurus Operasi, Rafizatul Fairos Che Rose, 32, berkata, dengan harga serendah RM10, pengunjung boleh menikmati pembuka selera, pemanis mulut, aneka sup dan minuman dengan lebih 10 pilihan menu. “Ini percubaan pertama kami memandangkan restoran ini baru sahaja dibuka. Alhamdulillah sambutan diterima sangat menggalakkan. Ramai yang bersetuju dengan pilihan hidangan yang ditampilkan,” katanya. Mat Dengan RM10, pengunjung boleh nikmati rojak buah, salad, kuih muih, bubur, kek, buah-buahan, sup daging, sup ayam dan sup cendawan. Rafizatul berkata, terdapat juga hidangan ala carte yang menampilkan lebih 13 menu masakan Melayu dan Barat dengan har...

Iftar Ramadhan di Sumai Hotel Kuala Terengganu RM 49.90, aneka selera kampung

Image
Buka puasa di hotel Sumai kuala Terengganu dengan pelbagai  menu menarik seperti kambing golek, ayam Percik, sup masak dan macam macam lagi. Harga buffet yang ditawarkan adalah rm49.90 seorang bagi dewasa dan rm25.00 seorang bagi kanak-kanak hotel Sumai yang terletak di Batu Buruk bersebelahan Masjid Ladang atau Al Muktafibillah Shah sememangnya terletak di lokasi yang strategik. Bagi yang berminat Boleh menghubungi talian 096320399 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Pengunjung blog