Asam Gumpal Laris Menjelang Ramadan- Teganu Kita

asam gumpal



Asam gumpal antara makanan tradisional paling laris setiap kali menjelang Ramadan dan mudah diperoleh di puluhan gerai juadah dan bazar Ramadan di Terengganu.
Pengusaha makanan itu , Wan Kalsom Wan Jusoh atau ingin disapa Kak Han, berkata menerima tempahan antara 2,000 hingga 3,000 biji asam gumpal sehari menjadi perkara biasa baginya bersama lima pembantu lain sebaik menjelang awal Ramadan dan akhir Syawal
“Saya kadang kala pening untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya berganda berbanding hari biasa.
“Rata-rata pelanggan yang datang menempah makanan tradisional itu untuk pelbagai tujuan, termasuk dihidangkan kepada tetamu majlis berbuka puasa, rumah terbuka, mengagihkan kepada jiran atau saudara dan dijadikan sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa,” katanya.asam2
Katanya, jika kuantiti tempahan berjumlah 2,000 hingga 3,000 sehari, sebanyak 15 hingga 20 kilogram tepung sagu diperlukan dan bahan sampingan lain yang turut digunakan, santan, kacang hijau dan isi nangka.
Katanya, dia gemar berpesan kepada pelanggan supaya membuat tempahan seminggu lebih awal bagi mengelak pemintaan mereka ditolak.
“Saya seboleh-bolehnya mahu memenuhi pemintaan pelanggan walaupun ada yang menempah disaat akhir, tetapi ia tidak dapat berbuat demikian kerana bilangan pembantu tidak mencukupi selain mahu mengekalkan kualiti rasa asam gumpal.asam3
“Tempahan untuk majlis rumah terbuka sepanjang Aidilfitri akan datang pun sudah ada pelanggan yang membuat tempahan,” katanya. Kak Han memberitahu apa yang diusahakan itu adalah hasil tunjuk ajar ibu, Hajah Aisyah Sulong yang turut bersama-sama mengusahakannya hampir sepuluh tahun lalu.
“Selepas ibu menyatakan tidak larat untuk mengusahakannya, saya nekad mengambil alih sepenuhnya di samping mengubah resepi ibu daripada asam gumpal halba kepada asam gumpal berisi nangka,” katanya yang mengusaha makanan itu, di Jalan Batu Burok, Kuala Terengganu.
@suriatiali@teganukita

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog