Posts

Showing posts from June, 2017

Salam Aidil Fitri dari Terengganu Myheritage

Image
Salam Aidil Fitri Admin ucapkan kepada semua dan mohon maaf banyak banyak jika da salah dan silap di sana dan di sini. Juga admin mengalu-alukan jika ada pembaca ingin berkongsi cerita dan pengalaman bercuti serta menikmati makanan di Terengganu boleh lah email cerita dan pengalaman ke email di bawah untuk dipaparkan di blog ini. Setiap cerita yang dipaparkan dan terpilih akan menerima HADIAH SPECIAL sebagai tanda terima kasih. Email: terengganulegend@yahoo.com terima kasih dan Jazakallah Kullu am wa antum bikhair ADMIN Terengganumyheritage

Nasi Kerabu Fauzi, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, 50 Makanan Jalanan Terbaik Dunia

Image
Gambar: Terengganu hotspot Nasi Kerabu Fauzi di Jalan Sultan Sulaiman telah tersenarai antara 50 Makanan Jalanan Unik Dunia sempena World Streetfood Congress di Manila, Filipina. Tentu ada sesuatu yang unik pada Nasi Kerabu Fauzi ini sehingga mendapat pengiktirafan terbaik di mata dunia. Itulah makanan Terengganu yang menjengan dunia. Hayatai video tentang laporan ini: #setiupost #terengganumyheritage

Arnab Panggang kian popular dan perlu ditempah awal selepas 'VIRAL'di media dan TV di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu

Image
Inilah arnab panggang yang viral semalaysia di bazar ramadhan kg guntung setiu terengganu sehingga kehabisan stok jualan Memang sedap daging arnab berjus dan tidak berlemak seakan ayam kampung. Rasa berjus dan tidak berlemak. Patutlah ia menjadi kegilaan baru orang Terengganu.   Kalau ikut kata penjualnya, Mohd Ebbie Shafiran,  agak sukar untuk mendapatkan bekalan  arnab, kerana kebanyakan arnab dipelihara untuk haiwan peliharaan dan bukan untuk daging. Jadi bilangan arnab adalah terhad.  Selepas ini mungkin akan ada perternak arnab baru yang lebih fokus kepada pengeluaran arnab untuk makanan dan daging. Kehangatan arnab panggang ini juga telah mendapat liputan media yang meluas termasuk disiarkan di Berita TV9 sebagaimana video berikut: #setiupost   #terengganumyheritage   #visitbeautifulterengganu2 017

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

Selfie Dengan Pelita Raya Di #RnRPerasing Dapat Hadiah... Jom kita selfie

Image
Pihak pelancongan negeri Terengganu  menawarkan cenderahati kepada semua pengguna lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) yang singgah ke hentian rehat dan rawat perasing bagi bergambar dengan suasana bercahaya pelita raya. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata pelita raya itu akan dipasang mulai 10 Jun ini dan orang ramai boleh memuat naik gambar-gambar yang diambil ke laman media social Facebook ataupun istagram dengan hastag #rnrperasing .  “kita boleh lihat cahaya pelita menerangi hentian itu dari atas LPT2  dan kita harap pengguna akan singgah disamping boleh menikmati minuman panas dan snek percuma yang disediakan disitu. “harapan kita agar mereka boleh singgah dan berselfie di situ dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman media social dan akan menerima hadiah dari penaja-penaja bagi membantu mempromosikan hentian rehat tersebut. “Jawatan kuasa kemajuan kampong bersama pengusaha-pengusaha di hentian itu ...

Agihan Snek PERCUMA di RNR Perasing LPT2 sehingga 30 Jun 2017 ini... Jom Singgah RNR Perasing

Image
Agihan minuman panas dan snek percuma kepada pengguna Lebuh Raya Pantai timur 2 (LPT2) yang singgah di hentian rehat dan rawat perasing ( R&R) sepanjang bulan ramadan bermula esok (1 Jun 2017) sehingga 30 Jun ini. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu , Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, minum akan mula diagihkan pada jam 7.00 petang sehingga habis semua stok yang dibawa ke situ untuk hari tersebut. Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri bersama pejabat daerah Kemaman serta 14 buah syarikat lain bekerjasama dalam menyumbangkan minuman panas dan snek berbuka untuk semua pengguna LPT2. “Antara syarikat yang memberi sumbangan, Casa Hartamas SDN BHD, Hexatrend SDN BHD, Casa Hartas Quarry SDN BHD, Perunding Irzi SDN BHD, Giga Builders SDN BHD, DM Machinery SDN BHD, BBR Construction System (M) SDN BHD, Chan Kong Meng SDN BHD, Total Corporation SDN BHD, Roadnet Solutions SDN BHD, Keb Piling SDN BHD, Yong Civil Construction, JS Petroleum SDN BHD, dan Pending ...

Kuih Mas Sejemput, kuih warisan Terengganu... memang istimewa

Image
Kuih Mas Sejemput adalah kuih tradisional Melayu di negeri Terengganu. Kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.  Kuih mas sejemput berbentuk tiga segi yang biasanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan sebagainya Ia agak sukar untuk dijumpai, mungkin keran kemahiran membuatnya sudah semakin berkurangan untuk generasi sekarang. Inilah kuih warisan tradisional Terengganu @terengganu times . #KuihTerengganu

RM99 untuk 5 orang Berbuka Puasa di Selera @ Dapo Agro, Peladang Setiu AGro Resort... pakat mari dehh

Image
Lagi Promosi Selera @ Dapo Agro sempena Ramadhan Al Mubarak. Dengan harga mampu milik serendah RM99 untuk 4 hingga 5 orang. Boleh rancang bersama keluarga untuk berbuka puasa di Peladang Setiu Agro Resort. Tempahan adalah sehari sebelum bagi memudahkan urusan persediaan. Bagi maklumat lanjut dan tempahan bolehlah berhubung dengan talian 0199192240 #setiupost #terengganumyheritage

Bilik hotel bakal lebih mahal dengan 'cukai pelancongan'

Image
"Cukai Pelancongan" yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel. Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus. Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan. Kadar cukai itu adalah seperti berikut: 1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam 2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam 3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam 4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam 5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi se...

Temuduga Terbuka Kolej Al Quran Terengganu

Image
Temuduga terbuka Kolej Al Quran Terengganu Maklumat adalah sebagaimana gambar di atas Mana yang berminat untuk menjadi hafiz al Quran di alu-alukan.. #setiupost #terengganumyheritage

Mural 3D imej baru Daerah Kuala Nerus, hasil anak tempatan Hatta Hashim

Image
Tahniah kepada pelukis mural anak Terengganu kerana telah memberi nafas baru dengan idea yang menarik 3D di Kuala Nerus. Juga kepada YM Tg Farook , Tuan Pegawai Daerah Kuala Nerus yang telah mengusahakan sesuatu untuk menampilkan imej dan kelainan Kuala Nerus. Semoga lebih banyak lagi hasil-hasil kreatif menghiasi negeri Terengganu kita ini. Bagi yang berminat untuk lukisan mural sebegini bolehlah berhubung dengan Pelukis Mural Saudara Hatta Hashim di talian 01115793927 @FB Hatta Hashim #setiupost  #terengganumyheritage

Kes COLEK di bulan Ramadhan.. kena waspada

Image
Waspada di bulan Ramadhan terutama di Kelantan dan Terengganu, kes pen colekan semakin tinggi dan berleluasa, terutama suami-suami yang baru balik dari teraweh, risikonya terlalu tinggi untuk kena colek. Malah jika keluar dengan anak dan isteri pun mudah kena colek. Macam-macam kes colek yang berlaku antaranya; Colek kerang Colek ayam Colek pelempung @ paru Colek perut Colek jemput malas Colek campur Dan macam-macam lagi Sedap colek ni Dan antara kedai yang popular tentang COLEK ini adalah Restoran Fathirah di Kg Gong Nering dan Kg Nyiur Tujuh, Besut, Terengganu. Di Setiu pula di Profesor Cendol Sg Tarom, Warung Kak Mung berhadapan Supermarket Zua Permai dan Restoran di Simpang Tiga Felda Chalok. # setiupost # terengganumyheritage # visitbeautifulterengganu2017

Pengunjung blog