Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...




Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu.

Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif.



Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad.



Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang.

Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admin sendiri telah menempah untuk mencuba sendiri keenalan arnab panggang ini.



Selain arnab, gerai ini juga menjual ayam panggang yang enak yang sesuai dimakan begitu sahaja mahupun dengan nasi putih atau nasi ayam.

Kg Guntung , Setiu ini juga sememangnya popular dengan masakan Gulai ayam kampung dan Gulai kerutub itik yang turut dijual di Bazar Ramadhan ini.

Bazar ramadhan Kg Guntung ini terletak hanya bersebelahan persimpangan lampu isyarat ditepi jalan di tapak pasar malam.

@FB Mohd Ebby Shafiran

#setiupost
#terengganumyheritage

Bacaan lanjut http://terengganumyheritage.blogspot.my/2017/05/nasi-gulai-ayam-kampung-dan-gulai-itik.html




Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog