Kopi Station Hentian Rahmat, kat kampung pun boleh minum kopi 5 bintang..


KOPI STATION sebuah cafe kopi baru kini dibuka di Hentian Rahmat, Kg Rahmat, Setiu, Terengganu.

Cafe yang menyediakan citarasa kopi sebenar menjanjikan rasa kopi yang hebat dan beraroma dan dikisar sendiri sebelum disajikan kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menikmati rasa kopi sebenar dengan minuman Espresso, Americano, Cappuccino mahupun latte samada dengan perisa Hazelnut atau Caramel setaraf dengan kopi di restoran mewah atau restoran kopi terkenal..

Hasil tinjauan juga mendapati ramai yang agak terkejut dengan harga kopi yang murah tetapi setaraf dengan cafe-cafe dibandar Secawan Espresso atau Americano hanya berharga RM3.00 secawan, malah Cappuccino atau Latte hanya RM4.00 secawan.

Selain kopi yang enak, cafe ini turut menjual Nasi Ayam Penyek serendah RM5.00 dengan percuma Teh O.

Selain juga turut mendapat sambutan pelanggan adalah Roti Gedik, Sedap Puaq Garlic Cheese serta Pizza pelbagai perisa. Malah sup kambing dengan resepi istimewa juga turut mendapat sambutan hangat daripada pelanggan setia.

Dengan kemudahan surau serta bilik air air yang selesa di Hentian Rahmat, tentunya memberi keselesaan kepada pengunjung untuk singgah sambil menikmati kopi yang enak.






Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog