7 Tips memperkasakan pulangan bisnes anda.


 

Di antara 7 tip berguna bagi memperkasakan ROI atau return of investment adalah;

1. Melabur atau mengadakan website atau saluran media sosial yang bagus.

Memberi tumpuan dalam membina website yang menarik, page facebook yang interaktif serta instagram dan tweeter yang interaktif.

Sebahagian besar pelanggan dan bakal pelanggan kini berada di alam maya di sini.


2. Melabur dalam pemasaran online

Sesiapa yang menguasai pemasaran online dan digital ia akan menguasai pasaran. Jika perlu mempunyai akaun dengan shopee, lazada atau ebay.. lakukan. Juga perlu mengeluarkan sedikit belanja membuat iklan di Facebook, Instagram mahupun Google atau Youtube.

Trending ini telah menguasai dunia pemasaran terkini dan ianya telah meninggalkan pemasaran secara klasik di media cetak dan media massa.


3. Meningkatkan pelanggan berulang.

Berusahalah untuk membina seramai mungkin pelanggan setia dan berulang. Mereka inilah yang memastika bisnes anda terus hidup.

Terus tawarkan promosi terbaik dan maklumat terkini kepada pelanggan ini.

Menjaga pelanggan berulang jauh lebih jimatkan berbanding mendapatkan pelanggan yang baru.


4. Sentiasa meningkatkan khidmat pelanggan

Sentiasa berlapang dada dalam menerima teguran pelanggan dan ambil langkah untuk perbaiki dan tambah baik dari semasa ke semasa.

Sentiasa dapatkan maklumbalas pelanggan tentang servis atau produk anda  supaya ia sentiasa dalam keadaan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.


5. Tingkatkan jualan dengan kupon atau baucer

Buat tawaran kupon atau baucer kepada pelanggan untuk terus kekal menyokong bisnes anda.

Mungkin ia peluang yang terbaik bagi bakal pelanggan mengenal produk dan perkhidmatan anda.

Bina pelanggan baru melalui cara ini dan mengekalkan kesetiaan pelanggan lama anda.


6. Jika perlu, upgrade kan sistem pengurusan anda supaya lebih kemas, teratur dan efisien. Jika bisnes anda restoren atau cafe, mungkin anda perlu mengunakan pos system agar bisnes anda lebih terkawal dan mudah untuk membuat analisa bagi masa depan bisnes anda.


7. Tumpukan pada eco friendly

Banyak cara untuk anda mulakan, mungkin dengan mengurangkan penggunaan plastik, sumber tenaga yang efisien seperti lampu LED, konsep mesra alam, kitar semula dan sebagainya.

Kongsikan apa yang anda lakukan bersama pelanggan.

Banyak lagi tips yang boleh anda praktikkan mengikut kesesuaian bisnes anda.


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog