Selery sayur yang mudah dan murah tetapi mempunyai nilai khasiat yang tinggi..

 


Khasiat Selery atau Celery

Nama saintifiknya iaitu Apium Graveolens L juga dikenali sebagai daun dan batang sup yang banyak dan selalu digunakan dalam masakan terutama sup.

Di antara khasiatnya adalah;

- ia mampu menurunkan darah tinggi

- menghilangkan rasa pening dan sakit kepala

-melancarkan kitaran haid

-serta mengatasi masalah keputihan

Di antara unsur kimia yabg terdapat pada Selery adalah zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, keratin, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium

Ia juga bersifat deuretik di mana membantu memperbanyakkan kandungan air kencing bagi melancarkan perkumuhan.

Ia juga dikatakan mampu mengurangkan kolestrol dalam badan bagi mengekalkan kesihatan jantung.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan keradangan dan dapat melindungi hati serta membantu menurunkan berat badan selain membantu meningkatkan proses pencernaan.

Ia adalah sayuran yang amat bermakna dan penuh khasiat yang patut diutamakan didapur anda.

Ia juga sayur yang mudah dan murah dengan nilai khasiat yang tinggi.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog