Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

 

Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu. Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Terengganu untuk menikmati hasil laut segar di sini.

Kunjungan admin baru baru ini pada hari biasa pun penuh rumbu orang datang ke sini untuk menikmati keenakan celup tepung Pak Nong di sini. Itu hari biasa, jika hari minggu maka perlu sabar menunggu untuk mendapatkan tempat.

Udang bersaiz A sebagai hidangan, puashati


Sememangnya di akui ikan, sotong mahupun udang yang disajikan di sini memang segar dan fresh. Malah udang size A digunakan. Memang puashati makan. Sotong juga segar dan enak sekali.

Harga sememangnya berpatutan.

Apa yang menarik, dengan suasana bayu pantai, pengunjung disajikan dengan abang busker yang menghiburkan pengunjung.

Memang sedap sotong celup tepung ni, siap menambah lagi.


Tinjauan admin sendiri pun, ramai pengunjung Pak Nong adalah mereka yang datang dari luar Terengganu yang memang rancang untuk menikmati celup tepung di sini. Puashati katanya. Tak lengkap kalau datang sini tak makan celup tepung dan keropok lekor.

Begitulah hebat penangan celup tepung Terengganu yang sentiasa menggamit kenangan dan pengalaman indah buat pengunjung ke Terengganu.

Jika anda ingin berkunjung ke sini Waze atau Maps dan taip Warung Pak Nong Celup Tepung dan anda akan dibawa terus ke sini.



Sebenarnya sepanjang pantai Terengganu daripada Kemaman hingga ke Besut boleh di katakan semuanya ada menyediakan hidangan celup tepung ini. Anda boleh menikmatinya di Teluk Mak Nik, Pantai Kemasik, Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, malah pantai Teluk Lipat Dungun, Pantai Kelulut, Marang, Teluk Ketapang serta Mengabang Telipotdi Kuala Nerus, Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Jika di Setiu, begitu banyak sekali kedai celup tepung yang menarik dan cantik untuk di singgah seperti Mr Celup Tepung, Beach Box, King Trizai, NL Celuo Tepung dan banyak lagi. Malah ia dihias cantik dengan pelbagai wakaf yang menarik di sepanjang pantai.

Sememangnya identiti Terengganu cukup kuat dengan ICT ini iaitu pelbagai hidangan celup tepung.

Selamat menjamu selera dengan keenakan makanan Terengganu

#warungpaknongceluptepung #makanterengganu #beautifulterengganumalaysia #jalanjalancarimakan #fyp 



Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog