Posts

Showing posts with the label homestay

Sidang DUN; Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda untuk keselesaan rakyat

Image
Oleh; Esah Abdullah  Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini telah meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan.  “Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Katanya, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan. ...

MATTA anjur seminar pembangunan pakej pelancongan

Image
Oleh: Noraini Jusoh Kerajaan negeri melalui sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 dengan kerjasama Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Terengganu telah menganjurkan Seminar Pembangunan Pakej-Pakej Pelancongan sempena TMT 2013 bertempat di Kuala Terengganu, semalam.  Seminar yang berlangsung selama sehari ini membincangkan pakej-pakej pelancongan menarik yang terdapat di Terengganu yang boleh dipromosikan kepada pelancong khususnya sempena TMT 2013 nanti. Ketua pembentang, Encik Alex Lee Yun Ping berkata, dua topik utama dibincangkan dalam seminar tersebut iaitu mengenai pakej-pakej pelancongan berbentuk pulau dan tasik serta perbincangan yang berkisar kepada pakej-pakej pelancongan bandar, acara, kebudayaan dan kesenian.  “Sepanjang bengkel berlangsung lebih kurang 10 pakej siap dibincangkan dan selebihnya akan diserahkan kepada sekretariat TMT 2013 untuk tindakan lanjut. Ehsan: teganuku.blogspot.com  “Anta...

TEMCO- PPNT anjur seminar pelancongan

Image
wetland Setiu Oleh:Noraini Jusoh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) akan menganjurkan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin Pelancongan 2012 (International TEMCO 2012) pada 6 hingga 7 November ini. Penganjuran seminar oleh PPNT dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan Malaysia akan diadakan di Primula Beach Hotel selama dua hari. Pengerusi TEMCO 2012, Encik Alex Lee Yun Ping, berkata, seminar yang kali ketiga diadakan ini akan memberi tumpuan terhadap usaha memartabatkan sektor pelancongan di negeri ini khususnya dan membincangkan idea-idea praktikal serta mencari penyelesaian yang memberi inspirasi kepada perubahan positif dalam sektor Eko & Pelancongan Marin. “Setakat ini 100 peserta telah mendaftarkan diri dan penambahan peserta dijangka akan berlaku sekaligus mencapai matlamat kami iaitu 120 orang peserta. “Peserta yang bakal hadir terdiri daripada individu yang berkait rapat dengan sektor ...

Jejak warisan 2012- jelajah Besut- Homestay Felda Selasih

Image
Taklimat oleh Pengurus Felda, Encik Khairuddin Felda Selasih telah dibangunkan pada tahun 1977. Ia terletak di daerah Besut di bawah parlimen Setiu dan DUN Jabi. Kegiatan ekonomi di sini adalah tanaman kelapa sawit di mana ia diusahakan oleh 158 orang peneroka dengan keluasan tanah 634.52 hektar. di antara peserta program yang khusyuk mendengar taklimat berkaitan Homestay Felda ini boleh dikatakan terletak dikawasan strategik iaitu di kaki Gunung Tebu, projek Fertigasi PLPP Tok Dor, Lata Belantan serta projek kraft tempatan. Anis Suraya, seorang penyanyi suatu ketika dulu turut bersama dalam program bersama suami Kini para peneroka sudah mula menjana sumber ekonomi baru  iaitu penginapan Homestay yang diusahakan secara berkelompok. Kini sebanyak 20 buah rumah peneroka telah terpilih dan telah diakreditasi oleh Kementerian Pelancongan untuk dijadikan Homestay. Berfungsi sebagai pejabat penyelaras Homestay Penginapan homestay di sini telah mula mendapat sambu...

Homestay Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Kampung Teluk Ketapang adalah sebuah kampung nelayan tradisional yang terletak di pinggian Bandaraya Kuala Terengganu 'Warisan Pesisir Air'. Ia terkenal dengan pembuatan keropok, belacan serta budu dan ikan masin. Di sini juga masih diamalkan lagi permainan-permainan tradisional lama Terengganu seperti 'Cak Kekok Kaki Ayam', 'Ting ting Bulu Ayam', dan 'sepak raga bulat'. Perusahaan tradisional di sini seperti batik tulis, ikan masin, sotong kering serta keropok keping sering mendapat perhatian dan pasaran yang baik sehingga ke Kuala Lumpur dan Singapura. Perusahaan membuat bot secara tradisional di Pulau Duyung dan Lokasi Kejohanan kapal Layar Dunia Monsoon Cup serta Muzium Negeri Terengganu terletak tidak jauh dari sini. Di seberang sungai di muara Sunga Terengganu, bersebelahan Jeti Shahbandar, terletak Pasai Kedai Payang, di mana para pengunjung serta penduduk boleh mendapatkan pelbagai makanan tradisional, barangan kraftangan temb...

Homestay di Negeri Terengganu

Image
Gambar ehsan http://greenselipar.com/ Ingin merasai pengalaman hidup dan menyelami budaya masyarakat dan penduduk di negeri Terengganu? Kini terdapat beberapa buah kampung yang menyediakan pakej penginapan dan homestay bagi para pengunjung atau pelancong untuk merasai sendiri hidup bersama masyarakat Terengganu dan berbudaya Terengganu. Tidur, makan, bersama mengalami sendiri aktiviti dikampung seperti melihat beruk memetik kelapa, menyertai kumpulan nelayan menangkap ikan, pengalaman membuat kuih tradisional, membuat barangan kraftangan dan bermacam-macam lagi malahan sehingga melakukan 'kerja-kerja kahwin' atau 'bekwah' atau kenduri. Pakej yang ditawarkan di homestay adalah makan sebagaimana tuan rumah makan, mendekati budaya hidup tuan rumah dan orang kampung serta bersama-sama penduduk kampung dalam melakukan aktiviti seharian. Ia mungkin pengalaman yang tak akan dilupakan oleh pelancong. ...

Pengunjung blog