Homestay Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Kampung Teluk Ketapang adalah sebuah kampung nelayan tradisional yang terletak di pinggian Bandaraya Kuala Terengganu 'Warisan Pesisir Air'. Ia terkenal dengan pembuatan keropok, belacan serta budu dan ikan masin.

Di sini juga masih diamalkan lagi permainan-permainan tradisional lama Terengganu seperti 'Cak Kekok Kaki Ayam', 'Ting ting Bulu Ayam', dan 'sepak raga bulat'.

Perusahaan tradisional di sini seperti batik tulis, ikan masin, sotong kering serta keropok keping sering mendapat perhatian dan pasaran yang baik sehingga ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Perusahaan membuat bot secara tradisional di Pulau Duyung dan Lokasi Kejohanan kapal Layar Dunia Monsoon Cup serta Muzium Negeri Terengganu terletak tidak jauh dari sini.

Di seberang sungai di muara Sunga Terengganu, bersebelahan Jeti Shahbandar, terletak Pasai Kedai Payang, di mana para pengunjung serta penduduk boleh mendapatkan pelbagai makanan tradisional, barangan kraftangan tembaga, batik yang melambangkan budaya hidup masyarakat Terengganu dengan harga yang berpatutan. Berhadapan Pasar Payang juga telah dibangunkan Bazar Warisan untuk menempatkan ruang-ruang perniagaan dengan lebih baik dan luas serta lebih selesa.

Para pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk menginap di Homestay Teluk Ketapang ini pada bila-bila masa samada cuti sekolah mahupun musim perayaan untuk sama-sama merasai suasana perayaan masyarakat desa Terengganu. Perayaan yang menjadi tumpuan adalah pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban dimana para pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman bersama penduduk mnejalankan ibadah korban serta melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong melapah daging korban serta budaya kunjung mengunjung di sini.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog