Homestay di Negeri Terengganu

Gambar ehsan http://greenselipar.com/

Ingin merasai pengalaman hidup dan menyelami budaya masyarakat dan penduduk di negeri Terengganu?
Kini terdapat beberapa buah kampung yang menyediakan pakej penginapan dan homestay bagi para pengunjung atau pelancong untuk merasai sendiri hidup bersama masyarakat Terengganu dan berbudaya Terengganu.
Tidur, makan, bersama mengalami sendiri aktiviti dikampung seperti melihat beruk memetik kelapa, menyertai kumpulan nelayan menangkap ikan, pengalaman membuat kuih tradisional, membuat barangan kraftangan dan bermacam-macam lagi malahan sehingga melakukan 'kerja-kerja kahwin' atau 'bekwah' atau kenduri.

Pakej yang ditawarkan di homestay adalah makan sebagaimana tuan rumah makan, mendekati budaya hidup tuan rumah dan orang kampung serta bersama-sama penduduk kampung dalam melakukan aktiviti seharian. Ia mungkin pengalaman yang tak akan dilupakan oleh pelancong.

Kerajaan negeri Terengganu telah mengambil langkah yang proaktif dalam memajukan Pakej Homestay di mana dengan mengutarakan tema 'budaya dan warisan' sebagai tarikan dalam menarik pelancong untuk merasai sendiri pengalaman hidup dan pekej home stay.

Tiga homestay telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan iaitu Homestay Teluk Ketapang di Seberang Takir di Kuala Terengganu, Homestay Rhu 10 di Setiu dan Homestay Pasir Raja di Dungun.

Program homestay di Negeri Terengganu juga telah mengorak selangkah lagi permintaan daripada pelancong meningkat dari sehari ke sehari. Beberapa resort persendirian turut sama menyediakan pakej homestay dengan lebih keunikan, keselesaan serta menawarkan perkhidmatan yang lebih personal seperti Aryani Resort, Pura Tanjung Sabtu, Pahlawan Warisan Resort serta Terrapuri. Pengunjung akan menikmati pakej penginapan yang lebih mewah dengan menginap di rumah atau istana warisan tradisional Terengganu yang berusia 100-200 tahun dengan suasana kampung dan ala istana. Ia pastinya memberi suatu pengalaman yang indah dan unik kepada pelancong.

Homestay di Terengganu sememangnya memberikan pengalaman sebenar cara hidup dan budaya orang Terengganu. "Terengganu welcomes the world'.

maklumat lanjut:

layari : Homestay Teluk Ketapang


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog