iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 16 June 2012

Jejak warisan 2012- jelajah Besut- Homestay Felda Selasih

Taklimat oleh Pengurus Felda, Encik Khairuddin
Felda Selasih telah dibangunkan pada tahun 1977. Ia terletak di daerah Besut di bawah parlimen Setiu dan DUN Jabi. Kegiatan ekonomi di sini adalah tanaman kelapa sawit di mana ia diusahakan oleh 158 orang peneroka dengan keluasan tanah 634.52 hektar.

di antara peserta program yang khusyuk mendengar taklimat berkaitan Homestay


Felda ini boleh dikatakan terletak dikawasan strategik iaitu di kaki Gunung Tebu, projek Fertigasi PLPP Tok Dor, Lata Belantan serta projek kraft tempatan.
Anis Suraya, seorang penyanyi suatu ketika dulu turut bersama dalam program bersama suami

Kini para peneroka sudah mula menjana sumber ekonomi baru  iaitu penginapan Homestay yang diusahakan secara berkelompok. Kini sebanyak 20 buah rumah peneroka telah terpilih dan telah diakreditasi oleh Kementerian Pelancongan untuk dijadikan Homestay.
Berfungsi sebagai pejabat penyelaras Homestay

Penginapan homestay di sini telah mula mendapat sambutan samada daripada pelajar mahupun pelancong asing seperti pelancong daripada Singapura.

Para peserta beramah mesra dengan Pengurus Felda Selasih, Encik Khairuddin
Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka dan dirancang oleh penduduk di sini bagi meraikan tetamu seperti kegiatan kebudayaan dan keseniaan seperti permainan gasing, dikir puteri, tarian tradisional serta gotong royong kenduri .

Dijamu dengan kuih 'Ulat Bulu' dan pulut lepa @ panggang
Di sini juga terdapat satu air terjun yang menarik dan masih belum diterokai iaitu Air Terjun Selasih yang terletak kira-kira 0.5 km daripada sini.Jawatankuasa Felda di sini juga turut menyediakan pakej mendaki Gunung Tebu melalui pintu Selasih.

Selain itu, kemudahan lain yang terdapat di sini adalah dewan, balairaya, kemudahan sukan komuniti seperti Futsal, Badminton, Sepaktakraw serta kemudahan lain untuk kegiatan seni dan kebudayaan.
sebahagian peserta bergambar kenangan

Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi penyelaras Homestay Felda Selasih iaitu Puan Zaitun Binti Hamzah di talian 019-9844972 atau tel/faks: 09-6979844

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog