Rodat- warisan budaya Terengganu



RODAT 

PENGENALAN 

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni persembahan 
warisan Melayu tradisional yang masih aktif hingga kini dan tidak kurang juga 
sebahagian daripadanya hanyut dibawa arus kemodenan. Namun pun begitu 
setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti seni budaya mereka tersendiri 
yang masih kekal dan dikembangkan hingga ke hari ini. Kalau kita lihat di 
negeri Kedah masih kedengaran Ghazal Parti, Pulau Pinang rancak dengan 
dendangan boria, Selangor nyaring dengan keroncong, Melaka asyik dengan 
dondang sayang, Johor tangkas dengan tarian kuda kepang, Kelantan popular 
dengan dikir barat serta wayang kulit, manakala di Terengganu pula unik 
dengan kelembutan lenggok dan nyanyian rodat. 

Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung 
dengan pengisian kehidupan bermasyarakat. Pantun dan sajak yang 
dinyanyikan dalam persembahan rodat mempunyai peranan dan pengaruh 
yang agak signikan. Dalam konteks ini, pantun dikonsepsikan sebagai satu 
bentuk nasihat, adat, berbudi bahasa, jenaka, kasih sayang yang disampaikan 
dalam bahasa yang berirama serta indah dan mengasyikkan. 

Seni persembahan tradisional ini adalah satu bentuk persembahan kesenian 
yang popular di kalangan masyarakat di Terengganu. Rodat biasanya 
dipersembahkan di dalam majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, 
berkhatan, musim menuai, hari Keputraan Sultan dan di pesta-pesta 
kebudayaan. Seni persembahan tradisional ini dipersembahkan dalam bentuk 
tarian, nyanyian serta paluan alat muzik yang dipanggil rebana tar atau tar 
rodat

ASAL USUL 

Seni warisan pusaka nenek moyang ini telah mengalami pelbagai 
perkembangan dan pembaharuan. Daripada sudut sejarahnya pula, hingga ke 
hari ini tiada satu pun catatan yang dapat membuktikan bila dan dari mana 
asalnya rodat yang telah wujud di negara ini amnya dan di negeri Terengganu 
khasnya. 



Namun begitu, menurut satu catatan di dalam Buletin Warisan (Mac 1979), 
Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu ada menyebut bahawa di awal abad 
ke 19 didapati telah ada pedagang-pedagang dari Sambas dan Pontianak 
telah datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas. 
Anak-anak kapal berkumpul dalam kumpulan lebih kurang 20 orang sambil 
menyanyi-nyanyi (rodat) diiringi dengan sebuah alat muzik yang dipanggil 
rebana tar hingga lewat malam. Alunan lagu (rodat) serta suara lunak 
bersama-sama tepukan alat muzik tersebut, telah menarik penduduk 
tempatan (Terengganu) untuk mempelajari persembahan ini sehingga ianya 
menjadi sebati dan tersohor serta telah berkembang dalam masyarakat 
Terengganu khususnya. 

Sesetengah pendapat ada menyatakan bahawa seni persembahan rodat ini 
berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila dilihat 
perkataan rodat itu sendiri wujud dalam perbendaharaan kata Arab yang 
membawa maksud berulang-alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau juga 
berbalas-balas. Selain daripada itu, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau 
juga diungkap dalam bahasa Arab di mana isinya dipetik dan disalin daripada 
sebuah kitab yang diberi nama hadrah. Apa yang lebih menarik untuk 
diperkatakan tentang seni tradisional rodat ini adalah keunikan dari segi 
persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi 
dengan seni yang berunsurkan Islam serta sangat dihormati kerana 
merakamkan pujian kepada Tuhan dan sejarah hidup para Rasul. 

Dipercayai bahawa kawasan atau kampung yang mula-mula diperkenalkan 
seni rodat di daerah Kuala Terengganu adalah di Kampung Pasir Panjang dan 
Gong Tok Nasek. Setelah seni rodat ini masyhur dan popular di kalangan 
penduduk di Kuala Terengganu, ianya telah tersebar di tempat-tempat lain 
seperti di Kampung Surau Pangjang, Baladau, Kepong, Paya Resak dan 
beberapa tempat lain lagi. Pada hari ini, hanya terdapat beberapa buah 
kumpulan rodat sahaja yang masih aktif menjalankan aktiviti persembahan ini 
terutamanya di daerah Kuala Terengganu. Sebahagian yang lain telah 
berkubur begitu sahaja tanpa diwariskan kepada golongan muda. 

maklumat lanjut tentang rodat boleh layari DI SINI

@www.kkmm.gov.my

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog