Laguna Setiu.. indah khabar indah rupa








Kawasan Laguna Setiu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah @ wetland dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar. Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 km, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang-kerangan dan sebagainya.

Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.


Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.


Apa yang paling istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah di jalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog