Udang Galah Sungai Setiu, macam pesta memancing
Inilah udang galah Sungai setiu |
Petang Jumaat 11 Feb 2011, blogger bersama anak-anak ingin mengambil angin petang, cadangnya ingin bersiar-siar di Pantai Penarik atau Rhu sepuluh.
Sebaik sampai di Kg Nyatoh iaitu sepanjang Sungai Setiu, terpegun blogger seketika meliohat ramai orang sedang memancing bersama isteri dan anak-anak. macam pesta.
Sepanjang sungai inui menjadi lubuk udang galah |
Sampai di tepi sungai, blogger bersama anak-anak berhenti setelah terpandang kereta rakan sekerja. rupan-rupanya pemancing-pemancing ini mengambil peluang memancing udang galah yang dikatakan banyak pada musim sekarang.
kelihatan kaki pancing asyik dengan jorannya |
Setelah setengah jam memerhatikan gelagat pemancing di sini, anak-anak blogger menjerit keriangan melihat seorang pemancing telah berjaya menaikkan seekor udang galah kira-kira sebesar 2 jari @ 100 hingga 150g. Besar juga saiz udang di sini. seronok melihat gelagat anak-anak melihat udang hidup. Siap bagi arahan untuk beli joran pancing untuk memancing bersama-sama.
rakan blogger yang berjaya menaikkan seekor udang galah |
Tak lama kemudian rakan blogger pula menaikkan seekor lagi udang galah yang saiznya lebih kurang tadi juga. Wah seronok kalau memancing dengan suasana begini.
Bagi yang berminat ke sini, jika anda dari Kuala Terengganu melalui jalan pantai Penarik, ia terletak di jambatan Kg Nyatuh sebelum Kg Beris Tokku, iaitu bersebelahan dengan Pusat Urutan Tradisional Kg Nyatoh.
Boleh tahan besar udang ini |
Blogger amat berharap kebersihan sungai ini akan terus terjaga terutama dari anasir-anasir tidak sihat seeprti kegiatan menuba, atai sebarang aktiviti ekstrem seperti bom ikan, bom elektrik yang boleh menyebabkan kepupusan hidupan sungai serta anak-anak ikan dan udang.
Comments
umpan ada jual disitu ke...
cuma peralatan memancing kita kena bawak sendiri la ya...
agak2 waktu apa yang sesuai untuk memancing ya...kalau datang petang banyak x udang dan ikan...
dari kimie kota bharu