iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 13 February 2011

Udang Galah Sungai Setiu, macam pesta memancing

Inilah udang galah Sungai setiu
Petang Jumaat 11 Feb 2011, blogger bersama anak-anak ingin mengambil angin petang, cadangnya ingin bersiar-siar di Pantai Penarik atau Rhu sepuluh.

Sebaik sampai di Kg Nyatoh iaitu sepanjang Sungai Setiu, terpegun blogger seketika meliohat ramai orang sedang memancing bersama isteri dan anak-anak. macam pesta.

Sepanjang sungai inui menjadi lubuk udang galah
Sampai di tepi sungai, blogger bersama anak-anak berhenti setelah terpandang kereta rakan sekerja. rupan-rupanya pemancing-pemancing ini mengambil peluang memancing udang galah yang dikatakan banyak pada musim sekarang.

kelihatan kaki pancing asyik dengan jorannya
Setelah setengah jam memerhatikan gelagat pemancing di sini, anak-anak blogger menjerit keriangan melihat seorang pemancing telah berjaya menaikkan seekor udang galah kira-kira sebesar 2 jari @ 100 hingga 150g. Besar juga saiz udang di sini.  seronok melihat gelagat anak-anak melihat udang hidup. Siap bagi arahan untuk beli joran pancing untuk memancing bersama-sama.

rakan blogger yang berjaya menaikkan seekor udang galah
Tak lama kemudian rakan blogger pula menaikkan seekor lagi udang galah yang saiznya lebih kurang tadi juga. Wah seronok kalau memancing dengan suasana begini.

Bagi yang berminat ke sini, jika anda dari Kuala Terengganu melalui jalan pantai Penarik, ia terletak di jambatan  Kg Nyatuh sebelum Kg Beris Tokku, iaitu bersebelahan dengan Pusat Urutan Tradisional Kg Nyatoh.

Boleh tahan besar udang ini

Blogger amat berharap kebersihan sungai ini akan terus terjaga terutama dari anasir-anasir tidak sihat seeprti kegiatan menuba, atai sebarang aktiviti ekstrem seperti bom ikan, bom elektrik yang boleh menyebabkan kepupusan hidupan sungai serta anak-anak ikan dan udang.

7 comments:

Razak Harun said...

mana tempat tu.... bagi alamat tepat gok....

Razak Harun said...

boleh bagi alamat tepat tempat ngai udang galah tu.... mesej : 013-9633911

terengganulegend said...

di tepi jambatan di kg nyatoh, memang di tepi jalan pantai dari kuala trg ke kg raja, org tempatan panggil jambatan che salamah

budak johor said...

kalau tahun depan bulan 2 3/2/2012 - 6/2/2012 akan musim udang galah ni tak...

umpan ada jual disitu ke...

admin said...

wsalam, musim udang kat situ sepanjang tahun, kalau diikutkan umpan udang yang best adalah cacing, mudah dapat kat situ, ikan segar pun boleh dan mudah nak dapat disekitar

bdk johor said...

salam....memang boleh pancing dekat situ ya...
cuma peralatan memancing kita kena bawak sendiri la ya...

agak2 waktu apa yang sesuai untuk memancing ya...kalau datang petang banyak x udang dan ikan...

Anonymous said...

salam blogger,ptg td sy sempat singgah dkt tepi sungai che salamah berhampiran dgn jambatan che salamah..mancing dlm 15 minit dah dpt udang galah..tp saiz kecil la..apa² pun semoga kebersihan sungai setiu ni terus di jaga..

dari kimie kota bharu

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog