iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 2 January 2018

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu


Image may contain: 11 people, people smiling, people standing

Oleh Aminudin Ismail
Pasukan Ahmad Sidi muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Cikgu Rosuwadi 2-1 pada perlawanan akhir Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Setiu 2017 berlangsung di Dewan Cikgu Alias, Bandar Pemaisuri, Setiu baru-baru ini.
Manakala tempat ketiga disandang Pasukan Ustaz Sawari dan Pasukan Mie Bomba.
Seramai 33 peserta lelaki dan seorang wanita dari 11 pasukan dari daerah Setiu bersaing pada pada kejohanan kali ini.
Presiden Persatuan Ping Pong Setiu (PPPS), Ahmad Sanusi Ibrahim berkata, pihaknya mengharapkan agar dapat bantuan dan pembiayaan bagi membina dewan ping pong Setiu.
"Setiu telah melahirkan ramai bakat pingpong antaranya Saudara Razak yang telah memenangi gangsa sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur, juga team Setiu yang mewakili Terengganu juga johan dalam sukan Wilayah Felda Kebangsaan 2017," katanya.

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Sementara itu, dalam Kejohanan Ping pong Tertutup Terengganu 2017, pasukan Setiu membolot juara Perseorangan melalui Cikgu Rosuwady Syukri, Johan Bergu melalui Cikgu Rosuwady Syukri dan Yusof Ibrahim serta Johan Bergu Wanita melalui Nurul Izza Zaharudin.
"Bagi Naib Johan Perseorangan wanita, Nurul Izza Zaharudin menyandang juara," katanya kepada TIT.

Image may contain: one or more people, people playing sport, people standing and basketball court
Ahmad Sanusi berkata, PPPS sedang merangka program bagi melahirkan lebih ramai bakat ping pong di Setiu pada tahun 2018 dan akan datang dengan mengadakan lebih banyak kejohanan serta klinik dan kem pembangunan bakat.
"Setiu juga mempunyai tiga orang pengadil kebangsaan iaitu Ahmad Sanusi ibrahim, Rusmi Muhammad serta Sufian Awang serta beberapa orang pengadil negeri dan diharap akan mempunyai pengadil antarabangsa untuk masa terdekat dan akan datang," katanya.

sumber; Fb 
The Iman Tribune

#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog