Ketupat Sotong .. makanan tradisi Terengganu
Inilah ketupat sotong, makanan tradisi rakyat Terengganu... memang sedap |
Apabila terkenang musim mencandat sotong, pasti terkenang menu kegemaran blogger iaitu Ketupat Sotong.
Rasanya yang lemak manis pastinya mengecurkan airliur dan selera.
sotong bersama pulut yang dimasak bersama santan dan gula melaka... fuhhh memang best |
Walaupun harga sotong dan makanan laut lain meningkat dengan begitu ketara hingga mencecah RM15 hingga RM17 1/kg (harga Julai 2011) namun keinginan untuk makan ketupat sotong sentiasa dicari.
Terdapat dua jenis ketupat sotong yang selalu di masak iaitu kalau di kawasan Kuala Terengganu dan ke selatan ianya di masak secara lemak dan berkuah putih. Ianya boleh dijadikan lauk atau pencuci mulut.
antara makanan kegemaran blogger |
Kalau di sebelah Setiu dan Besut ia dimasak sedikit manis bersama gula melaka dan sedikit gula dan warnanya sedikit merah dan gelap. Yang ini adalah menjadi kegemaran blogger.
Ia di masak bersama pulut yang direndam dan masukkan ke dalam sotong dan kemudiannya di masak bersama santan, sedikit bawang, halba, daunpandan dan gula melaka serta sedikit halia sebagai pewangi. Kuahnya yang lemak manis bersama pulut memang menambat selera.
Pada kebiasaannya menjelang ramadhan atau pasar malam ia ada dijual, tetapi selalunya yang dijual di sana agak mahal berbanding jika dibuat sendiri.
Ketupat sotong ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia tidak terdapat ditempat lain. Sememangnya ia makanan tradisi rakyat Terengganu.
Comments