iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 25 October 2012

Salam Aidil Adha 2012

Di kesempatan ini, blogger ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDIL ADHA dan sama-samalah kita mengambil keberkatan perayaan ini dengan melakukan korban ataupun sama-sama meraikan mereka yang berkorban dengan menolong semasa penyembelihan dilakukan, membahagikan daging korban ataupun menerima daging korban dan mengucakan kesyukuran ke hadrat Allah swt.

Kalau diikutkan sebenarnya, Aidil ADha ini adalah lebih penting dan lebih besar fadhilatnya daripada perayaan Aidil Fitri, ini kerana Allah swt menuntut umatnya untuk berkorban kerana Allah swt. Iaitu mengorbankan sedikit harta atau pendapatan untuk sembelihan korban dan kemudiannya daging korban dibahagikan terutama kepada fakir dan miskin.

Dan sepatutnya kita boleh berkorban dengan lebih banyak dan meriah kerana perayaan Aidil Adha ini tidak menuntut kita menukar langsir baru, perabot baru, duit raya dan sebagainya. Tetapi ia telah diatasi dengan kemeriahan sambutan AIdil Fitri hingga menenggelamkan betapa besar fadilat AIdil ADha.

Sama-sama kita mengembalikan hari kebesaran Islam ini ke tempat yang sewajar dan sepatutnya.

Salam Aidil Adha 2012

Blogger Terengganumyheritage

3 comments:

Anonymous said...

Sama-sama insafi diri. Berkorban untuk apa? Fikir-fikirkanlah

Ad6 said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untul blogger dan semua muslimin dan muslimat

dari pengikut setia blog ni

terengganulegend said...

sama sama kita mengambil dan menghayati pengiktibaran aidil adha dan juga terima kasih di atas sokongan kepada blog ini

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog