Posts

Showing posts from May, 2013

Rombakan Exco Terengganu selesai

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberitahu rombakan kecil portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu sudah pun selesai dibentuk dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut portfolio terbaru itu, berikutan masih belum dipersembah untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.  "Kita sudah menyelesaikan rombakan seperti mana saya maklum dulu, tetapi kita belum boleh mengumumkannya selagi belum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Terengganu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah. Pada 20 Mei lalu, dato’ Seri Haji Ahmad mengumumkan kerajaan negeri itu bakal melakukan rombakan kecil melibatkan Exco bagi membolehkan portfolio yang diwujudkan seiring dengan penubuhan kementerian serta Kabinet yang baru ditubuhkan...

Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai

Image
Berkunjung ke Thailand baru-baru ini, rombongan di bawa makan tengahari di Chanaa dalam perjalanan ke Nakhorn Si Thammarat. Chanaa ini terletak di Wilayah Songkla Restoran ini cukup terkenal dengan masakan asli Thai Selatan yang cukup popular di Malaysia. Kali ini rombongan dihidangkan dengan Siakap Stim yang unik dan memang sedap, juga kerabu perut bulat, sup tulang yang kaw serta masakan lain yang semuanya menambat selera. Restoran ini sentiasa penuh pada waktu makan tengahari di mana masakan panas adalah amat popular walaupun pada waktu tengahari. Ia berbeza dengan ditempat kita yang lebih popular dengan nasi campur. Satu hidangan yang popular dan sedap di restoran ini adalah Kerabu Kaki Ayam. Jika anda mengunjungi Naratiwat, atau ke Hatyai boleh maklum pada agensi anda untuk makan di sini yang memang popular dan sedap.

Menjejaki komuniti Muslim di Koh Samui

Image
Semasa mengunjungi Pulau pelancongan terkenal, Koh Samui di Thailand, admin sempat berkunjung ke perkampungan muslim di pulau ini untuk bersarapan pagi. Dengan melalui celah-celah rumah berhampiran masjid, rombongan menuju ke sebuah warung di pinggir laut di kampung nelayan ini. Rata-rata penduduk Muslim di sini adalah nelayan dan kebanyakan mereka adalah berasal dari Pattani dan kemudiannya menetap di sini. Amat sayang sekali, mereka tidak begitu mengambil peluang ekonomi yang terhidang di sini yang cukup terkenal dengan industri pelancongan. Sempat menjamah nasi kerabu tradisional yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga dengan kuih muih tradisional yang sedap. Pemandangan di sini cukup indah dan memukau dengan susunan bot nelayan di pergigian air. Sememangnya kawasan perkampungan Melayu boleh dibangunkan dengan industri pelancongan dengan budaya tersendiri, apatah lagi dengan nilai hartanah yang cukup tinggi di sini. Begitu juga peluang pernia...

Generasi muda perlu celik budaya- Exco Pelancongan Terengganu

Image
Oleh: Esah Abdullah Kehebatan dan tahap pemikiran tinggi orang-orang terdahulu perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka sentiasa berdiri di paksi yang betul. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee (gambar)  berkata, mereka boleh mengaplikasikan segala pemikiran serta teknologi peninggalan ini dalam kehidupan mereka.  “Pamerkan kepada mereka tahap keilmuan serta tahap keintelektual nenek moyang kita agar generasi muda hari ini sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya,” katanya ketika merasmikan majlis Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT)) di Losong semalam.. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah LMNT. Haji Mohd Yusof Abdullah. Menurutnya, dalam konteks masyarakat moden hari ini, tiga elemen iaitu inovasi, kreativiti dan tradisional menjadi penting dan semakin signifikan dalam usaha kita membentuk masya...

80 pengamal media sertai survival laut bersama UMT

Image
Oleh: Noraini Jusoh Seramai 80 pengamal media tempatan menyertai program ‘Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media 2013’ di Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program anjuran Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra UMT selama dua hari itu (24 sehingga 25 Mei) disertai petugas media daripada beberapa agensi antaranya Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Berita Harian, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Sinar Harian, serta Radio Televisyen Malaysia (RTM). Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan UMT dengan pihak media. "Selain merapatkan hubungan kedua-dua pihak, program ini juga membuka peluang kepada pengamal media merasai sendiri pengalaman menyeronokkan melakukan aktiviti menarik yang disediakan. "Mereka juga didedahkan tentang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan diajar kemahiran asas berada di lautan serta cara untuk...

Pasar Payang jadi tumpuan

Image
Oleh: Suriati Ali  Setiap kali tiba cuti am atau cuti sekolah, beberapa destinasi menarik di Terengganu terutama Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) pasti menjadi lokasi pilihan pelancong untuk membeli pelbagai barang yang diminati.  Kebanyakan pengunjung yang datang dari pelbagai negeri ghairah membeli pelbagai jenis barangan seperti batik, sutera, songket dan makanan tradisional Terengganu untuk di bawa pulang ke tempat asal masing-masing.   Tidak ketinggalan, barangan tembaga, rantai kunci penyu dan baju-T bertulisan Terengganu turut menjadi pilihan mereka sebagai tanda kenang-kenangan dan cenderamata kepada saudara serta rakan-rakan.  Setiap pelanggan terpaksa berhimpit ketika ingin membeli dan melalui lorong yang mengasingkan peniaga kerana terlalu ramai pelanggan yang berurusan sepanjang minggu itu.  Pemilik Ety Batik, Nor Hayati Kamaldin, 26, berkata cuti persekolahan dan cuti umum adalah bonus bagi dia serta rakan niaga lain kerana menda...

Teruskan aktiviti kebudayaan Payang Walk-PPNT

Image
Oleh; Esah Abdullah Kerajaan negeri digesa meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan bermula semula pada Khamis depan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Supian Dato’ Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan satu daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke Payang Walk di samping dapat memperkenalkan kebudayaan tempatan.  “Persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, rodat, tarian saba, silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih ada untuk diketengahkan kepada pelancong dan kepada generasi baru,” katanya. Menurutnya, persembahan kebudayaan di Payang Walk diadakan setiap Sabtu dan Ahad itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, tetapi telah dihentikan pada Disember kerana masaalah cuaca. ``Bagaimanapun PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri. ``Kita banyak diberi pendedahan mengen...

Glass Walkway di Tianmen Mountain Park, China setinggi 4700 kaki

Image
Pengalaman berjalan di lantai kaca di Tianmen Mountain Park, China tentu menarik dan pastinya menghasilkan rasa ngeri dan gerun dengan ketinggian 4700 kaki sepanjang 200 kaki. Dengan berlantaikan kaca setebal 2.5 inci tentunya memberikan pengalaman yang baru dan menarik. glass walkway at china's tianmen mountain park

Lodge yang unik dan menarik dari Tanzania

Image
ngorongoro crater lodge, tanzania perched at the crater of the world heritage protected ngorongoro crater in the unspoiled greenery of tanzania, the cluster of lodges puts  vernacular tectonics in dialogue with the exuberant and opulent. the result is a luxurious palette of typically african mud plaster walls,  elegantly layered banana leaf ceilings and cooling makhuti palm roofs. roof forms are informed by conical masaai volumes; stilted  construction and soaring rustic turrets are typical of west african mali design. interior furnishings are a richly hued collection of trinkets that express the whimsy of a bygone era. the synthesis of the two design languages is the work of architect sylvio rech and designer  chris browne, although the built form primarily serves the greater aim of framing lines of sight and panoramic perspectives of the vast ngorongoro crater, the world's largest inactive, intact, and unfilled volcanic caldera. rooms are positioned...

Tarikan Rumah Atas Pokok di Costa Rica

Image
Komuniti rumah atas pokok di Finca Bellavista di Costa Rica. Sememangnya ia menarik dan memberi kelainan kepada mereka yang ingin merasai sesuatu yang berbeza. Bagaimana dengan negara kita yang kaya dengan khazanah hutan tropika serta mempunyai kelebihan yang sama. Mungkin suatu hari nanti ia juga akan ada di Malaysia dengan sesuatu yang menarik, berbeza dan unik?

Pengunjung blog