Rombakan Exco Terengganu selesai


Oleh: Aida Abd Rahman

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberitahu rombakan kecil portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu sudah pun selesai dibentuk dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut portfolio terbaru itu, berikutan masih belum dipersembah untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. 

"Kita sudah menyelesaikan rombakan seperti mana saya maklum dulu, tetapi kita belum boleh mengumumkannya selagi belum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Terengganu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Pada 20 Mei lalu, dato’ Seri Haji Ahmad mengumumkan kerajaan negeri itu bakal melakukan rombakan kecil melibatkan Exco bagi membolehkan portfolio yang diwujudkan seiring dengan penubuhan kementerian serta Kabinet yang baru ditubuhkan Kerajaan Pusat.

Menteri Besar berkata langkah itu diambil bagi menampung pelbagai peranan dan tugas terhadap rakyat yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri agar ia seimbang dengan tanggungjawab di peringkat Pusat.

-Teganu Kita

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog