Posts

Showing posts from June, 2013

TMT 2013 perlukan usahasama semua orang- Ketua Sekretariat TMT 2013

Image
Pada 26 Jun 2013, sewaktu berurusan di Wisma Darul Iman, admin berkesempatan untuk berjumpa dengan Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013, Encik Ahmad Fathil Bin Abd Ghani. Lama benar tidak bersua muka dengan beliau yang sebelum ini ke negeri Perak untuk menggerakkan Tahun Melawat Perak 2012. Sekadar bertanya khabar tentang perkembangan Tahun Melawat Terengganu 2013 dan senario pelancongan semasa dan admin diberitahu jumlah pengunjung ke Terengganu meningkat terutama pada bulan Mei 2013. Banyak sekali program dan promosi dirangka dan dilaksanakan dalam menjayakan TMT 2013 antaranya iklan yang agresif di luar Terengganu seperti di LPT, lapangan terbang serta majalah seperti Gaya Travel dan Santai. Begitu juga dengan sokongan kepada program-program peringkat kebangsaan yang berlangsung di negeri Terengganu selain program yang sememangnya di rancang awal sejak tahun lepas lagi. Banyak lagi program katany perlu di laksanakan yang memerlukan kerjasama pihak ketiga samad...

Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 meneroka keunikan Terengganu

Image
 Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia yang dihoskan oleh Gaya Travel Magazine kini meneroka keunikan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri Cantik Budaya Menarik dan orangnya memang baik. Program bermula dari daerah Kemaman dengan meneroka makanan tradisi 'sata dan otak-otak Wan Aziz, kemudian merasai keunikan Kopitiam Hai Peng yang terkenal di bandar Chukai. Mereka juga dibawa menyaksikan kunang-kunang atau orang Terengganu panggil 'firefly' di Sg Yakyah di Ibok, Kemaman sebelum di bawa ke Monica Bay atau Teluk Mak Nik untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman melihat penyu bertelur. Rombongan juga dibawa ke Kompleks Tg Nurzahirah di Kuala Terengganu sebelum dibawa mencuba keenakan masakan Terengganu di Restoran Kuah Singgang di Cabang Tiga. Pada petangnya aktiviti berkuda di TER Kuala Ibai menjadi pilihan sebelum merasai pengalaman mencandat sotong di perairan Pulau Kapas. Pada hari ketiga, rombongan dibawa ke daerah paling bongsu iaitu Setiu untuk menikmati keindahan...

Ais Kacang Jalan Beserah, Kuantan

Image
Ais Kacang Jalan Beserah,Kuantan memang sedap dan memikat. Ia dijual secara tradisi oleh keluarga India Muslim di sini. Sejak admin selalu berulang alik ke Kuantan dari tahun 2002 sehingga sekarang rasanya tetap memikat seperti dulu. Ada ais kacang biasa, ais kacang pulut dan cendul pulut. Sementara menunggu bungkus, sempat juga menjamah semangkuk. Memang sedap!

Kerajaan anjur kejohanan jetrace di pantai Batu Buruk

Image
Oleh; Esah Abdullah  Kerajaan negeri akan menganjurkan kejohanan ‘Terengganu World Jetrace Challenge’ untuk kali ke-4 di pantai peranginan Batu Buruk bermula 21 hingga 23 Jun depan. Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee akan mengadakan sidang media mengenai pertandingan pada 21 Jun di Primula Hotel jam 11 pagi.  “Majlis perasmian akan dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 21 Jun diperkarangan kolam renang Hotel Primula jam 8 malam manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 23 Jun jam 4.30 petang,” katanya. Katanya, kejohanan bertaraf dunia itu berlangsung selama tiga hari dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara sekali gus mampu melonjakkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan popular di peringkat antarabangsa. -Teganu Kita

Pulau Bidong jadi pulau warisan negeri

Image
Kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam. Pulau Bidong suatu ketika dahulu Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini. “Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu,” katanya. Datuk Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjun...

Semua pengusaha satay Jabi akan disatukan dalam satu jenama

Image
Oleh: Mohammad Ishak Kesemua pengusaha sate di pekan Jabi, Besut akan disatukan di bawah satu jenama dalam usaha untuk mempopularkan Sate Jabi kepada mereka yang datang ke negeri Terengganu secara besar-besaran. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) kesemua pengusaha sate di pekan itu akan bekerjasama memajukan pengeluaran mereka dalam menjadikan perusahaan sate di Jabi sebagai satu lagi tarikan pelancongan di negeri ini. “Untuk itu YPU akan membantu supaya produk sate yang bakal diusahakan secara kumpulan di Jabi itu nanti digemari peminat sate apabila datang ke Terengganu”, katanya selepas merasmikan Program Polis Bersama masyarakat di Kampung Kuala Kubang dekat sini. .Menurutnya, sebelum ini pekan Jabi sudah memang terkenal sebagai pengeluar sate ayam dan sate daging yang terkenal terutamanya kepada penduduk negeri ini termasuk mereka yang melalui pekan Jabi daripada Kuala Terengganu ke ...

Peserta BOTR terokai keindahan Tasik Kenyir

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berharap semua peserta Boat On The Road (BOTR) 2013 dapat menikmati dan memanfaatkan keindahan alam serta khazanah yang bernilai di Tasik Kenyir, Hulu Terenganu, dengan sepuas-puasnya.  “Pada masa yang sama, saya harap semua peserta selamat di sepanjang perjalanan dan tiba tanpa sebarang perkara tidak diingini di tasik buatan manusia yang menjadi tarikan utama pemancing seluruh dunia itu. “Selain itu juga, jangan pula membuang sampah seerti plastik, puntung rokok, sisa makanan di merata tempat dan sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar,”katanya sebelum melancarkan majlis pelepasan peserta program BOTR 2013 di Sri Pentas TV3 Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi. Menteri Besar turut menampal pelekat acara yang memasuki edisi ke empat penganjuran itu, di sebuah pacuan empat roda peserta.  Turut hadir, Pengerusi Jawatankasa Pelancongan, Kebudayaan, Penerangan da Komunikasi negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee; ...

Hasil sulong madu lebah kelulut... sedap rasanya

Image
madu lebah kelulut Inilah hasil sulong dari ternakan lebah kelulut di rumah. Tak banyak cuma dua koloni sahaja. Memang seronok tengok lebah kelulut ini. Balik kerja petang-petang, jengok sekejap bagi menghilangkan penat dan tekanan kerja. Dan setelah dua bulan, inilah hasil madu daripada lebah kelulut. Sedap rasanya, masam-masam manis. Ianya dikatakan cukup berkhasiat dan antara madu terbaik. sarang lebah kelulut pintu masuk koloni Ia amat baik untuk kesihatan kita terutama bagi mereka yang ada ulser dalam mulut. Jika di pasaran, harga madu kelulut ini agakmahal kerana ia agak sukar untuk didapati dan ia juga tidak secepat dan sebanyak madu daripada lebah madu. pintu masuk Apa yang admin buat adalah suka-suka dan juga sebagai education kepada anak-anak untuk mereka mendekati keunikan alam dan juga alam haiwan.

Pelancong ke Malaysia meningkat lebih 25 juta orang

Image
Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelancongan menggalakkan tahun lalu dengan peningkatan lebih 25 juta orang dan pendapatan pelancongan meningkat empat peratus kepada RM63 bilion (ASD20.2 bilion) berbanding pada 2011. Di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP), sektor pelancongan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sejak itu, beberapa projek pembangunan pelancongan diwujudkan bagi mencapai sasaran 36 juta pelancong dan RM186 bilion (ASD60 bilion) pendapatan pelancongan menjelang 2020. Bagi mencapai sasaran tersebut, jenama Acara Utama Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah diwujudkan untuk berada seiring dengan acara biro global. Pengurus Besar Acara Utama Malaysia, Tony Nagamaiah berkata, dengan penjenamaan semula yang telah dilakukan sejak setahun lalu, pihaknya yakin acara utama Malaysia mampu mencapai kejayaan lebih besar dalam menjadikan negara destinasi pilihan u...

Isu Pasar Payang: Meja Rundingan Sentiasa Terbuka

Image
Pelanggan sedang memilih batik sutera, antara produk popular yang dijual di Pasar Payang. KUALA TERENGGANU – Meja perundingan sedia dibuka bagi mengadakan perbincangan semula isu Pasar Payang yang seolah-olah masih belum mencapai permuafakatan berkenaan pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, sepatutnya ada permuafakatan antara kedua-duanya, agar pembangunan yang dirancang berjalan mengikut kehendak rakyat.  Menurutnya, beliau juga sedia mendengar apa-apa pandangan dan juga buah fikiran terutama di kalangan pengusaha di situ bagi menyelesaikan kemelut yangmasih belum berakhir itu, walaupun Kerajaan Negeri telah memutuskan pembinaan Pasar Payang baru tetap dilakukan.  “Sepatutnya ada muafakat supaya sesuatu perubahan hendak dilakukan adalah mengikut kehendak rakyat. Setiap pembangunan yang ingin dilaksana juga perlu diperjelas kepada rakyat...

Laporan Khas Pasar Payang- Sinar Harian

Image
Leda Gordano bersama temannya, Bas Van Erp, sedang asyik menikmati makanan tradisional Terengganu di Pasar Payang. Abdullah menunjukkan gambar struktur asal Pasar Payang yang diambil pada 1970. Rohimah sedang mengupas bawang putih untuk dijual di tapak perniagaannya di Pasar Payang. KUALA TERENGGANU – Hampir 95 peratus peniaga di Pasar Payang menolak sekiranya tapak pasar berkenaan digantikan dengan bangunan berhawa dingin setinggi empat tingkat. Peniaga, Abdullah Chik, 52, berkata, mereka tidak menolak pembangunan malah ingin kawasan itu ditambah baik dengan membaik pulih serta menambah kawasan parkir kenderaan bagi mengelak kesesakan, namun mereka tidak setuju sekiranya struktur asal pasar warisan itu diruntuhkan dan dibina baru. “Kita tidak tolak pembangunan, apa yang kita mahu ialah identiti asal Pasar Payang dikekalkan, sementara kawasan di sini dibaiki tanpa meruntuhkan struktur asal bangunan yang diwarisi sejak 46 tahun ini. “Pelancong bukan mahu lihat bangunan ...

Pengunjung blog