Anak TERENGGANU- The Best Tourist Guide Nature 2012/2013.. Mohd Khairul Abu Bakar


Mohd Khairul Abu Bakar, anak Terengganu telah dinobatkan sebagai 'THE BEST TOURIST  GUIDE NATURE' dalam Malam TOURISM AWARD 2012/2013 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau yang juga mesra di panggil 'Jang' berasal daripada Gong Badak, Kuala Terengganu telah mengharumkan nama Terengganu dengan penerimaan pengiktirafan ini yang menunjukkan anak Terengganu sememangnya berkebolehan dan berbakat.


Beliau telah berkecimpung dalam industri pelancongan sejak remaja lagi iaitu pada tahun 1999 lagi dan sememangnya meminati aktiviti rekreasi seperti jungle trekking, abseilling, flying fox dan sebagainya. Pengalaman ini telah membantu beliau untuk membantu industri pelancongan di negeri Terengganu terutama dalam ekotourism dan agro tourism samada di laut dan pulau, tasik serta hutan .

Beliau juga banyak membantu promosi Terengganu terutama bersama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Terengganu (TENAGA) dengan penganjuran Gunung Tebu Challenge, Terengganu River Hunt dan bermacam-macam program lagi.

Beliau juga turut mengendalikan program-program rekreasi samada untuk agensi kerajaan, swasta mahupun ntuk institusoi pengajian tinggi dan kolej.

Usaha beliau yang sentiasa menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang pelancongan samada dalam ekotourism, alam semulajadi, agrotourism telah membuahkan hasil dan pengiktirafan tertinggi.


Sekalung tahniah dari ADMIN untuk beliau yang telah membuktikan Anak TERENGGANU Memang HEBAT.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog