ini baru menteri.. SME.. subject matter expert


 

Bila menteri seorang programmer
---
Bayangkan bila level menteri boleh ssh ke linux console dan buat sendiri Bash Script dan recompile balik kernel Linux ikut selera dia sendiri....
Jom baca kisah menteri China ni, saya dah tentu suka sebab mereka letak SME sebagai menteri ( Subject Matter Expert)
Dia ni yang paksa local development dan kurangkan kerbergantungan ke atas produk asing
---
Wang Zhigang, dilahirkan pada Oktober 1957 di Anhui, ialah seorang jurutera maklumat yang menjawat jawatan Menteri Sains dan Teknologi China dari tahun 2018 hingga 2023. Beliau berkelulusan dari Xidian University dan memulakan kerjaya dalam sektor elektronik negara, termasuk memimpin China Electronics Technology Group Corporation (CETC), sebuah konglomerat teknologi milik kerajaan.
Pelantikannya ke jawatan menteri menandakan kesinambungan dasar inovasi yang lebih kukuh selepas era Wan Gang. Berbeza dengan pendahulunya yang bukan ahli Parti, Wang ialah kader Parti Komunis dengan pengalaman panjang dalam industri pertahanan elektronik.
Sepanjang lima tahun sebagai menteri, Wang memberi fokus kepada inovasi kendiri, mengurangkan pergantungan pada teknologi asing, dan memperkukuh pelaburan dalam penyelidikan serta pembangunan.
Beliau juga mendorong agenda nasional dalam bidang kecerdasan buatan, cip semikonduktor, dan etika sains. Pada tahun 2023, beliau digantikan oleh Yin Hejun, namun legasi dasar “inovasi kendiri” yang dipopularkannya kekal menjadi hala tuju utama Beijing.

kredit FB Azril Nazli Alias

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

ReCAZ air mineral semulajadi, produk Cas Ligas, Kumpulan PMINT memang terbaik untuk kesihatan anda

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog