Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Dimaklumkan bahawa semakan permohonan murid Tingkatan 1 (Satu) Tahun 2016 ke : 1. Sekolah Elit Terengganu - SMK Lembah Bidong, Setiu - SMK Mak Lagam, Kemaman 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Terengganu - SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu - SMKA Dato' Haji Abbas, Kuala Nerus - SMKA Durian Guling, Marang - SMKA Kuala Abang, Dungun - SMKA Nurul Ittifaq, Besut - SMKA Wataniah, Besut 3. Sekolah Premier - SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terenggau - SMK Chukai, Kemaman - SMK Tg. Mahmud, Besut - SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun - SMK Tg. Ampuan Intan, Hulu Terengganu 4. Kelas Premier - SMK IBrahim Fikri, Kuala Nerus - SMK Padang Midin, Kuala Terengganu - SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus - SMK Tg. Lela Segara, Marang - SMK Buk...
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.
Memperkenalkan Teh Haritaki daripada Setiu herbs Teh yang diperbuat daripàda buah belimbing gunung iaitu Chebulic myrobalan yang telah digunakan lebih 2000 tahun oleh perubatan Ayurveda. Dalam bahasa Cina iai di sebut 'He Zhi'. Manakala dalam bahasa Tibet di sebut ' A ru ra'. Buah ini mengandungi Asid Chebulic yang membuatnya rasa masam yang ia amat baik untuk kesihatan dan bersifat alkali dalam badan. TEH BELIMBING GUNUNG – Rahsia Herba Alam untuk Kesihatan Menyeluruh Diformulasikan dari herba semula jadi belimbing gunung, teh ini bukan sekadar minuman — ia adalah ikhtiar untuk kesihatan dalaman yang lebih baik. ? Khasiat utama: ✔️ Bantu stabilkan paras gula dalam darah (kencing manis) ✔️ Redakan angin dalam badan & kembung ✔️ Kurangkan simptom GERD & pedih ulu hati ✔️ Bantu kawal tekanan darah tinggi ✔️ Merawat sakit sendi akibat gout ✨ Rasa lembut & menenangkan ? 100% semulajadi, tanpa bahan kimia ☕ Mudah disediakan – hanya rendam & minum Minum set...
Gaya dan budaya hidup orang Terengganu adalah amat rapat sekali dengan laut. Laut adalah sumber inspirasi hidup rakyat Terengganu. Dari perut laut datang sumber kekayaan yang membangunkan negeri dan rakyatnya. Laut juga mempunyai interpretasi sendiri bagi penduduk Terengganu. Walaupun hari-hari menongkah arus ke laut mencari rezeki masih ada segelintir yang masih berhempas pulas memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Itulah dunia laut, ada yang mengecapi kekayaan dari laut dan ada yang terus bergantung kepada laut demi sesuap nasi. Dari hasil laut jugalah yang telah membawa Terengganu ke persada dunia. Keropok lekor, ikan aya untuk nasi dagang, budu, hasil petroleum, monsoon cup, bot Pulau Duyung telah membawa Terengganu ke dimensi baru kepada dunia. Jangan tinggalkan laut tapi bantulah mereka yang susah walaupun hari-hari ke laut. Dunia warisan kita perlu kita kekalkan dengan sama membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi rakyat Terengganu. Ayuh Terengganu teruskan ke persada ...
Comments