Posts

Showing posts with the label resepi

Resepi Pencicah Thai yang sedap...

Image
  Macam sedap je resepi ni.. Tu yang rasa nak share kat wall ni RESEPI PENCICAH THAI SEDAP! 1) Bawang putih: 7-8 ulas 2) Cili : bergantung pada kepedasan Masing2 3) Akar pakchi @ketumbar 4) limau nipis 6-7 biji 5) 2 sudu sos ikan - Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk - Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali. - Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa. - Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu ) siapppp... Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam Boleh la untuk jadikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar. Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim PS: boleh lah buat lebih sikit dan simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk.

Itik dan Arnab Salai SETIU.. mula mendapat tempat dihati pelanggan... sedap bau asap

Image
  Itik Salai Setiu Berikutan keadaan PKP yang berterusan dan menjejaskan industri pelancongan dengan begitu teruk sekali, admin terpaksa mengambil inisiatif yang positif untuk survive dalam meneruskan kehidupan yang tak menentu dan bila pandemik ini akan beransur. Tak perlu mencipta alasan tetapi ciptalah peluang, maka terhasil lah produk SALAI dari daerah Setiu, Terengganu. Arnab Salai Setiu Dan buat masa ini produk salai yang dikeluarkan adalah Itik Salai, Arnab Salai, Daging Salai dan Keli Salai. Ianya enak sekali jika dimasak lemak bersama daun kadok dan belimbing buluh, ada yang bubuh daun kunyit dan cili api. Sambutan alhamdulilah sudah mula bertambah baik dan tempahan sudah mula diterima dan semalam pun Itik Salai Setiu sudah mendarat di Shah Alam. Dan esok ada lagi tempahan Itik Salai untuk pelanggan tempatan. Jika direnung inilah antara warisan dan alternatif orang tua kita dahulu dalam memanjangkan hayat makanan yang dulunya mana ada peti sejuk untuk disimpan lama selain ...

Nasi Plov Ayam Uzbekistan yang simple dan sedap... puas hati buat raya masa PKP

Image
  Untuk menu hari raya, kita cuba kelainan sikit dengan menu nun jauh dari Uzbekistan. Jika di sana ia popular dengan Nasi Plov Daging Kuda yang dimasak dengan kawah yang besar dan memang popular. Hasilnya puas hati. Menu pagi Raya Nasi Plov Chicken Uzbek Dengan Salatah dan sambal Resepi Nasi 4 cawan beras basmathi atau beras biasa Rendam 10 minit dan tos Ayam 1/2 ekor potong ikut sukahati Boleh juga guna daging atau kambing Utk kambing atau daging boleh rebus dahulu. 4 ulas bawang besar dimayang 6 ulas bawang putih dimayang 3 inci halia dimayang Ketumbar ditumbuk atau guna serbuk 1 biji carrot di potong panjang Cara caranya. Panaskan minyak .. lebihkan sikit minyak Tumis bawang dan halia hingga naik bau Masukkan ayam goreng dan gaul hingga masak Masukkan ketumbar Masukkan carrot Masukkan 2 sudu chicken stok powder Masukkan garam dan gula Masukkan beras Dan sukat air 4 cawan beras = 6 cawan air Letakkan 2-3 ulas bawang putih kat atas beras Masak nasi hingga masak. Untuk salad Poton...

Mee Rebus Daging yang simple dan sedap... mudah je

Image
  Sekali sekala kita ubah selera untuk berbuka puasa dengan menu lebih simple dan mudah iaitu Mee Rebus Daging. Nak menyamai dengan mee lejeng di Jerteh tu jauh lagi la. Tetapi ia menjadi inspirasi dalam membuat Mee Rebus  Daging ini. Ianya enak sekali dimakan dengan sambal kicap. Nak pedas atau tidak terpulang pada anda. Bahan-bahannya: -1/2 kg daging direbus sehingga empuk lebihkan air untuk diguna semasa memasak mee. -daging dihiris nipis-nipis -bawang putih dan bawang besar di mayang -sayur sawi -cendawan shitake jika suka -fish cake atau fish ball -mee kuning dicelur atau direndam air panas dan tos Cara-cara membuatnya: -tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. -masukkan daging dan goreng seketika. -masukkan air daging, jika tak cukup boleh tambah air -masak sehingga mendidih dan daging lembut -masukkan cendawan  dan fish ball atau fish cake -perisakan dengan garam, sedikit gula, sedikit cuka  -boleh tambah sedikit chicken stock powder dan cukup...

Makan 'AYAM POTONG' Restoran Singgah Rasa.. tenang dan sempoi di sini

Image
Entry kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman singgah makan di Restoran Singgah Rasa, Kg Pengkalan Nyireh, Besut. Terletak ditepi jalan sebelah kanan sebelum simpang ke Pantai Bukit Keluang yang terkenal. Suasana di sini cukup tenang dan santai, ada ruang terbuka yang berangin sepoi-sepoi bahasa dan juga wakaf-wakaf yang menarik yang sesuai untuk bersembang sesama rakan dan keluarga. Kali ini menu yang dipilih adalah 'Ayam Potong' . Menu apa tu?  Itulah kalau dah terkenal dengan ' Chicken Chop'   bila diterjemahkan payah untuk mencari perkataan yang sesuai bagi resepi ini. Rasanya boleh tahan jugak dan harganya kira berpatutan. Lagipun potongan ayamnya juga besar. Bagi mereka yang menghala ke Kuala Besut boleh cuba singgah di sini. Menu masakan lain belum di cuba dan insyallah lain kali akan di cuba terutama masakan Thai.

Kedai Nasi Ayam Retro, Bandar Permaisuri, Setiu

Image
Hari sempat mencuba sebuah restoran baru di Bandar Permaisuri Setiu iaitu Kedai Nasi Ayam Retro bersebelahan Stesen Minyak Shell Bandar Permaisuri. Apa yang menjadi pilihan bukanlah Nasi Ayam tetapi Nasi Kukus Ayam Berempah yang sedap di hidang bersama Gulai Kari dan Sambal. Ayam gorengnya pula cukup beraroma dan enak sekali. Harganya kira berpatutan dengan pakej RM5.00 untuk Nasi Kukus Ayam Goreng bersama Teh O Beng. ( Teh O Ais). Sapa-sapa yang singgah ke Bandar Permaisuri boleh mencubanya di restoran ini. Anda juga boleh menjejakinya di Facebook, mengikut iklan yang dipaparkan di restoran tersebut. Ini alamat Facebook restoran ini,  https://www.facebook.com/NasiAyamRetro Inilah Kedai Nasi Ayam Retro Gambar Pengurusnya sebelah kanan

Pulut Gaul Nyiur, makan pagi orang Terengganu

Image
Ini adalah antara menu sarapan tradisi orang Terengganu iaitu Pulut Gaul Nyiur. Bukan sekadar menu popular malah ia sentiasa menjadi keutamaan dalam bersarapan. Pulut gaul nyir ini sedap dimakan samada bersama ikan masin, ikan pekasam atau yang paling sedap ikan kukus yang di goreng samada ikan selayang, kembong mahupun aya. Ia adalah gabungan pulut yang di tanak atau di masak bersama kelapa yang dirasakan dengan sedikit gula dan garam. Kemudian ia digabungkan dengan elemen masin iaitu ikan masin ataupun ikan kukus goreng. Jika anda datang ke Terengganu ia mudah didapati di warung-warung mahupun kedai kopi pagi. Malah disesetengah tempat telah dijual sebagai snek di waktu malam. Ini adalah antara makanan tradisi Terengganu yang anda patut cuba..

Nasi Mandy Ayam, menu hari raya dari Blogger Terengganumyheritage

Image
Inilah Nasi Mandy Ayam.. made in Terengganu Menu untuk hari raya kali ini, memang blogger bercadang untuk mencuba Nasi Mandy Ayam.. Mandy Dajjaj kata orang arab. Biasa masak 3 @ 4 cetong @ pot . Kali ini buat dalam 2 kg Beras basmathi super long... panjangggggg. sungguh berselera pekena nasi arab Namun alhamdulillah menjadi dan mendapat pujian untuk hidangan petang dan malam. Ia turut dihidangkan dengan 'salatah' atau salad serta salad buah-buahan dan sos krim tomato. salatah atau salad ayam mandy Apa yang best apabila ia dihidang dan dimakan dalam talam dan boleh dimakan 2 atau 3 orang. Ia adalah budaya sunnah yang boleh menambahkan keberkatan dan silaturrahim. salad sayur sayuran Salad buah buahan Nampak gaya lepas ini kena bersedia untuk menjadi chef jemputan untuk masakan arab ini. Beras basmathi panjangggggggggggggg

Pengunjung blog