Makan 'AYAM POTONG' Restoran Singgah Rasa.. tenang dan sempoi di sini


Entry kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman singgah makan di Restoran Singgah Rasa, Kg Pengkalan Nyireh, Besut. Terletak ditepi jalan sebelah kanan sebelum simpang ke Pantai Bukit Keluang yang terkenal.

Suasana di sini cukup tenang dan santai, ada ruang terbuka yang berangin sepoi-sepoi bahasa dan juga wakaf-wakaf yang menarik yang sesuai untuk bersembang sesama rakan dan keluarga.


Kali ini menu yang dipilih adalah 'Ayam Potong'. Menu apa tu?  Itulah kalau dah terkenal dengan 'Chicken Chop'  bila diterjemahkan payah untuk mencari perkataan yang sesuai bagi resepi ini.


Rasanya boleh tahan jugak dan harganya kira berpatutan. Lagipun potongan ayamnya juga besar. Bagi mereka yang menghala ke Kuala Besut boleh cuba singgah di sini. Menu masakan lain belum di cuba dan insyallah lain kali akan di cuba terutama masakan Thai.


Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog