Bukit Keluang, Besut, Terengganu sejak dahulu tetap cantik
Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu sememangnya telah terkenal kepada warga tempatan sejak dahulu lagi. Kemudian populariti pantai ini tenggelam dan sepi mungkin kerana kemudahan di sini atau pembangunan di pantai ini yang perlahan. Namun semasa kunjungan blogger ke pantai ini tempohari, ia tetap cantik seperti dahulu dan sudah ada peningkatan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Apa yang unik pantai Bukit Keluang ini adalah bersebelahan dengan pantainya adalah terdapat sebuah bukit yang berbatu dan mempunyai gua-gua yang misteri. Dahulunya di gua-gua ini dikatakan tempat persembunyian lanun-lanun. Dan kini ia dihuni oleh keluang dan kelawar serta unggas-unggas seperti walit dan lain-lain. tetap cantik dan damai di sini Dari jauh Pulau Rhu dipandang Di hadapan pantai ini terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Rhu iaitu kira-kira 2 km daripada pantai. Ia sebuah pulau yang cantik dan dahulunya terdapat sebuah resort di sini. Kemudahan lalun...