Posts

Showing posts from July, 2012

TEGANU KITA: Peruntukan RM168j ubah wajah Taman Rekreasi Waterfront

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Taman Rekreasi Waterfront, Pulau Kambing bakal berubah wajah dan mampu menggamit lebih ramai pengunjung dalam dan luar Terengganu tidak lama lagi apabila kerja menaik taraf lokasi pelancongan yang menelan belanja kira-kira RM168 juta bakal dilaksanakan bermula tahun depan. Kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan infrastruktur di pusat tumpuan pelawat di pinggir Sungai Terengganu itu termasuk dalam projek pembangunan pelancongan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata komponen yang terlibat dalam projek berkenaan seperti kerja menambak kawasan seluas 6.2 hektar dan pembinaan 535 lot parkir kenderaan kepada pengunjung. “Kerja-kerja lain yang akan dibangunkan di kawasan itu termasuk membina sebuah jeti berukuran 25 meter x 100 meter untuk ke Pulau Redang,dua jeti terapung, lima unit wakaf, satu kilometer (km) laluan pejalan kaki dengan tiga meter...

TEGANU KITA: TIIAF 2012 bakal dihadiri 50,000 pengunjung

Image
Oleh: Suriati Ali Kira-kira 50,000 pengunjung tempatan dan luar negara dijangka hadir memeriahkan `Terengganu International Islamic Arts Festival (TIIAF) 2012’ di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Program yang berlangsung selama empat hari dan bermula 14 September itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama TTI. Sebanyak 17 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Jepun, China, India dan Pakistan akan terlibat sepanjang program itu berlangsung. Pengarah Urusan TTI Haji Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata, apa yang membanggakan, pakar-pakar seni khat dan pemuzik profesional dari Mesir, Turkey, Syria, Iran, Afrika Selantan dan Sepanyol turut menyertai festival kali kedua dianjurkan. Katanya, program yang akan berlangsung nanti adalah kesinambungan daripada program Inspirasi Seni Khat Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun lepas. “Sambutan yang diterima pada program itu sangat menggalakkan sehingga mendorong TTI memperluaskan p...

Kuih Hati Sukma, begini rupanya

Image
Blogger ada mendapat pertanyaan pengunjung yang ingin mengetahui bagaimana rupanya kuih Hati Sukma , pada mulanya blogger sendiri tak pernah mendengar. Dan hasil tinjauan dan carianm maka terjumpalah resepi dan gambaran Kuih Hati Sukma ini. kalau tengok pada rupanya pernah tengok dan pernah makan, cuma tak tahu nama. Rupanya kuih ini Hati Sukma namanya. Berikut gambaran dan resepi Kuih Hati Sukma untuk tatapan anda. HATI SUKMA BERAS :: Bahan-bahan: 240gm tepung beras 500ml santan pekat 480gm gula pasir 6 biji telur Cara memasak: 1. Goreng tepung beras hingga kekuningan dan berbau harum. Ketepikan. 2. Dalam bekas berasingan, campurkan gula bersama telur dan juga santan. Gaulkan hingga sebati. 3. Apabila sebati dan gula hancur, tapiskan dan campurkan dengan tepung beras. 4. Masak adunan di atas api sederhana hingga adunan menjadi kering. 5. Angkat dan hidangkan. sumber- http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=836

T Holidays melangkah setapak lagi dengan bas persiaran terbaru

Image
T Holidays Travel  & Tour , sebuah agensi pelancongan yang pertama bertapak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran bas persiaran terbaru. Bas dengan kapasiti 40 penumpang ini baru operasi dan sedia memberi perkhidmatan kepada mana-mana agensi yang memerlukan dengan kadar harga yang berpatutan. Bas model Hino E 5 ini sungguh selesa dengan rekaan terkini dari  SKS Bus lengkap dengan kemudian audio dan TV LCD 42 inci pastinya memberi kepuasan kepada penumpang sepanjang perjalanan. Hasil usaha gigih usahawan anak muda Setiu  iaitu Nik Man Mohd Yasin ini kini boleh dibanggakan yang bermula dari bawah dengan usaha secara kecil-kecilan. Kegigihan beliau ini boleh dijadikan tauladan dan dorongan kepada anak muda yang lain untuk turut sama memajukan lagi bidang keusahawanan di Terengganu dan khususnya di Setiu.  Di antara perkhidmatan yang di tawarkan adalah perkhidmatan van dan bas persiaran, pakej ke Pulau Red...

Program Pulau Bersih & Indah semai semangat cintai keindahan alam

Image
  Oleh: Aida Abd Rahman Dalam usaha memupuk semangat mencintai keindahan dan kebersihan di lokasi tarikan pelancong, program Pulau Bersih dan Indah, diadakan di Kampung Pulau Perhentian Kecil, Besut, baru-baru ini. Program dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu (PKPMNT) dengan kerjasam kerajaan negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pelajaran dan Tourism Malaysia Terengganu. Pengarah PKPMNT, Encik Mohd Sabri Zakaria, berkata program yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelancongan itu merupakan antara program ke arah meningkatkan inovasi dalam sektor pelancongan sempena kempen `1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ . “Program dapat menyemai semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. “Seramai 500 peserta di kalangan masyarakat kampung dan pelajar sekolah menyertai acara yang dapat memupuk semanga...

explore terengganu: Kuih Bekang

Image
explore terengganu: Kuih Bekang : Di Terengganu terdapat sejenis kuih yang hampir pupus... hehehehe.. bunyinya macam dinasourlah pulak tapi serius ni, sangat susah nak bertem...

explore terengganu: Warung Atap Nipah

Image
explore terengganu: Warung Atap Nipah : Jika anda baru pertama kali tiba di Kuala Terengganu saya pasti anda tercari-cari di mana hendak bersarapan pagi. Saya tertarik untuk memper...

Kuih tradisional jadi pilihan pengunjung Bazar Ramadan

Image
  Oleh: Suriati Ali Gambar ZULKIPLI PUTRA Puluhan kuih tradisional Terengganu seperti nekbat sira, onde-onde, puteri mandi, buah gomok, tepung pusu, asam gumpal, tepung pelita dan akok telur mendapat sambutan mengalakkan setiap kali menjelang Ramadan. Kuih Penganan Kuih Seri Muka @ Tok Aji Serban Tinjauan Teganukita di beberapa bazar Ramadan di kawasan bandar raya Kuala Terengganu mendapati kebanyakan pembeli terutama warga emas tidak melepaskan peluang membeli kuih tradisional itu yang dijual antara RM0.50 hingga RM1.50 sekeping. Peniaga bazar Ramadan, Rohayu Alias, 26, berkata setiap tahun beliau menjual kuih-muih pada bulan puasa dan antara kuih yang dijual termasuk kuih menganang telur yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur. "Kebiasaannya saya menjual kuih baulu, namun pada bulan puasa kuih menganang telur ini lebih mendapat sambutan dan mendapat permintaan yang tinggi. Kuih istimewa iaitu Jala Mas "Dalam seha...

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) tawar hadiah keseluruhan RM250,000

Image
Oleh: Suriati Ali Terengganu mahu mengembalikan semula kegemilangan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) yang telah terhenti lebih 14 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya telah bersetuju untuk menganjurkan semula acara tersebut pada 29 September ini yang dijangka disertai lebih 10,000 peserta dari dalam dan luar negara. Katanya, larian sejauh 21 kilometer itu menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai keseluruhan sebanyak RM250,000 dengan pemenang tempat pertama meraih RM30,000. Katanya, larian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kanak-kanak, pelajar sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan terbuka antarabangsa. "Buat masa ini, kita telah menawarkan penyertaan ke beberapa negara dan ada kalangan negara itu seperti Thailand, Singapura serta di benua Afrika sudah mengesahkan untuk turut serta. "Kita masih buka kepada yang ingin turut serta dan mereka boleh mendapatkan borang penye...

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

Image
Chef Zam menunjukkan salah satu makanan istimewa Malaysia kepada wartawan asing. Bersama CHEF ZAM   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan minggu terakhir kita semua menyambut Syawal dan saya lihat masih ramai yang berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka, termasuklah akhbar mStar sendiri. Sehingga semalam, jemputan masih lagi saya terima dan penuhi hinggakan dah agak naik kembang tekak tatkala terlintas bayangan lemang dan rendang di kepala. Tapi pada saya tujuannya bukanlah nak menghabiskan segala hidangan di meja, cuma untuk mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin selain meluaskan rangkaian kenalan yang mungkin ditemui ketika bertandang dan berborak. Saya sendiri pun berasa seronok dapat berkenalan dengan ramai muka baru padatahun ini di majlis-majlis sedemikian. Semoga persahabatan yang baru terjalin akan terus mekar, insya-Allah. Program Malaysian Kitchen Minggu lalu saya ada menyentuh sedikit mengenai program-program yang dijalankan...

TMT 2013 mampu tarik empat juta pelancong

Image
Oleh: Aida And Rahman Gambar ZULKIPLI PUTRA   Kerajaan Terengganu optimis mampu mencapai sasaran empat juta pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 menerusi tarikan 27 acara pelancongan bertaraf dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan purata tahunan kedatangan pelancong ke negeri itu sebelum ini. "Biasanya, peningkatan kedatangan pelancong ini adalah antara lima hingga 10 peratus setiap tahun dan kita yakin dengan promosi besar-besaran serta kerjasama yang melibatkan ramai penggiat dan agensi pelancongan, TMT 2013 bakal mencatat kenangan manis untuk industri pelancongan Terengganu. "Namun, perlu diingat semua ini hanya akan tercapai dengan penglibatan semua pihak, termasuk rakyat Terengganu supaya kenangan percutian ke negeri ini menjadi memori terindah bagi setiap pelancong," katanya selepas merasmikan pe...

Imtiaz satu jenama baru lahir professional

Image
Oleh; Esah Abdullah Gambar oleh Zulkipli Putra Kerajaan yakin dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan serta sistem pendidikan cemerlang yang diperkenalkan anak-anak negeri ini mampu memegang jawatan penting di jabatan kerajaan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, bermula dari sekolah Tabika telah diajar menghafaz surah Muqadam dan di sekolah rendah dibekalkan dengan e-Book disusuli dengan kelas j-Qaf dan Kafa. “Keberkesanan ini mungkin akan dapat kita lihat 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya kepada pemberi ta pada majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab 2012 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) dan Penyerahan Cek Bantuan Zakat Maidam di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu hari ini (17 Julai). Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Haji Wan Harujan Sulaiman d...

Sukma ke-15 : Terengganu Juara, 33 rekod diperbaharui

Image
Oleh FAUZI MOHD Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang telah melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi jelas sekali meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Pahang. Bagaimanapun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kontinjen Terengganu yang muncul juara keseluruhan Sukma buat kali keempat berturut-turut. Pada edisi kali ini, Terengganu yang bertandang ke Pahang dengan Ketua Kontinjen, Wan Nawawi Wan Ismail sekali lagi berada dalam kelas tersendiri apabila merekodkan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa. Kejayaan itu mampu mengukirkan wajah gembira buat atlit dan sesiapa saja anak Terengganu termasuk Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang meraikan kejayaan itu. Ia dianggap kejayaan terbaik yang dilakar Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama kontinjen yang digelar Terengganu Hanelang itu muncul juara kali pertama Sukm...

Santuari ikan di Sungai Loh, Sungai Pelong dan Sungai Lata Payong

Image
Oleh FAUZI MOHD Kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadikan tiga batang sungai di negeri itu sebagai pusat santuari beberapa jenis ikan bagi memajukan sektor pelancongan berasaskan akuakultur. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB. Asha'ari Idris berkata, tiga sungai itu ialah Sungai Loh di Dungun, Sungai Pelong dan Sungai Lata Payung di Setiu. Beliau berkata, cadangan itu bagaimanapun bergantung kepada usaha penduduk kampung terlibat yang perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga agensi berkaitan. "Perkara ini memerlukan komitmen banyak pihak kerana bukan mudah menjadikan sungai sebagai pusat santuari namun ia bukanlah perkara mustahil kerana sudah ada pusat santuari seumpama ini di Sabah dan Pahang. "Cadangan untuk menjadikan tiga sungai ini sebagai pusat santuari memang sudah dimulakan dan proses itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya antara setahun atau dua tahun," katanya. Beliau berkata demikian p...

150 pengkaji memilih Hutan Simpan Gunung Tebu untuk kajian

Image
Oleh: Mohammad Ishak  Kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Jabi, menjadi pilihan pengkaji dan ahli sains seluruh negara berkampung bagi menjalankan kajian mengenai sumber hutan dan biologi selama lima hari. Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia itu bertujuan mengenal pasti pelbagai sumber hutan dan tumbuhan yang ada di kawasan berkenaan. Seramai 150 peserta mewakili pelbagai profesion dari seluruh negara termasuk luar Negara memilih lokasi berkenaan kerana percaya Gunung Tebu mempunyai keunikikan dan keindahan hutan serta alam sekitar yang menakjubkan. Ia diketuai oleh Prof.Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Mohamad akan menamatkan kajian pada Khamis ini yang akan membentangkan pelbagai hasil dan penemuan baru mengenai biologi hutan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Yang berhormat Dato’ Toh Chin Yaw merasmikan program berkenaan yang bermula hari ini. Had...

Had kedatangan pelancong ke pulau

Image
Oleh: Suriati Ali dan Umi Ikrimah Abdillah (Pelatih) Kerajaan negeri akan mengehadkan kedatangan pelancong dan muatan barangan ke beberapa pulau peranginan tersohor di Terengganu dalam usaha memulihara alam semula jadi demi manfaat generasi akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti beberapa aspek keperluannya sebelum ia boleh dilaksanakan. Katanya, jawatankuasa itu akan mengkaji kemungkinan mengehadkan barangan mengikut jumlah jam pengunjung berada di pulau-pulau berkenaan bagi menikmati alam semula jadi. “Pendekatan kita pada peringkat awal ini adalah untuk memikirkan berapa jam dibenarkan berada di pulau dengan bermalam di tanah besar. “Mungkin kita akan menyediakan pakej tiga hari satu malam iaitu dua hari di tanah besar dan satu hari di pulau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tahunan Antarabangsa U...

Pengunjung blog