Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia hebat orang tua dulu menjadikan sebagai bubur muafakat atau gotong royong kalau dikira dari segi kos bahan bahan, tak berbaloi dengan harga dan masa. Tetapi nilai muafakat dan kebersamaan itu lebih besar dalam usaha menyiapkan bubur ini yang mengambil masa separuh hari untuk disiapkan. Nilai kebersamaan itu lebih besar dalam mendidik masyarakat supaya ringan tulang, buang keegoaan diri, hormat menghormati dan banyak lagi falsafah dan kebaikan yang dapat dijelmakan daripada aktiviti mengacau bubur asyura ini. Dulu kegiatan sebegini dapat daripada aktiviti kenduri tetapi ia mulai hilang ditelan arus masa dengan trend menempah melalui katering lebih mudah walaupun kosnya agak.mahal juga. Di harap budaya kacau asyura ini terus subur dalam meneguhkan suasana muafakat dalam masyarakat dan dalam.masa yang sama menghidupkan aktiviti masjid dan surau bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia heba...
Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan
SENARAI POKOK HERBA Nama-Saintifik-Pokok-Herba-OLERICULTURE Senarai herba menggunakan nama tempatan mengikut senarai abjad. Nama tempatan disenaraikan bagi kemudahan melihat dan mencari senarai herba dalam senarai nama saintifik dan kegunaannya. Sila tambah senarai jika anda mengetahui nama nama lain. A Agave Sisal / Fucrea - Agave Sisalana Aji Samad - Jackia Ornata Akar Cerita - Andrographis Paniculata Akar Som - Talinum Paniculatum Akar Manis - Glycyrrhiza Glabra Akar Pisang/ Kenanga Bangkok - Artabotrys Hexapetalus Akar Seratus - Peliosanthes Teta Akar Tarum - Marsdenia Tinctoria Akar Tengkuk Biawak - Fagraea Acuminatissima Alamanda Kuning - Allamanda Cathartica Anggerik Kesumba - Ara Beringin - Ficus Benjamina Ara Bumbong - Ara Tanah - Euphorbia Hirta Ara Songsang - Asam Jawa - Tamarindus Indica Asam Karanda - Carissa Carandas Asam Kerat Lintang - Buddha's Hand Lime Asam Gelugur - Garcinia Atrovirdis Asam Paya Kelubi - Eleiodoxa Conferta Ati-ati Merah - Coleus Blume...
Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), — satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu: 🍽️ Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama “Nasi Dagang Atas Tol” merujuk kepada sebuah kedai/restoran di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, yang popular dengan versi tradisional hidangan Nasi Dagang Hidangan nasi dagang di Terengganu — termasuk di NDAT — biasanya terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan (kadang-kadang campuran beras & pulut), disajikan bersama gulai ikan (sering ikan tongkol atau "ikan aya"), sambal / cili padi, dan kadang-kadang lauk sampingan. Nasi dagang adalah makanan tradisional dan ikonik di pantai timur Semenanjung (Terengganu & Kelantan) dan lazim dijamu untuk sarapan. ✅ Kenapa Nasi Dagang Atas Tol Popular & “Wajib” Dicuba NDAT terkenal kerana rasa nasi dagangnya yang dianggap “qhal” — nasi lembut, kuah gulai pekat dan pedas-manis, serta lauk ikan yang “hitam manis” sesuai citarasa ora...
Comments