iklan nuffnang

Wednesday, 12 March 2014

Cerita Terengganu: SIAPA KATA DI SINI TAK ADA APA-APA?





Kami di TTGA sering mendengar keluhan TG2 di sini yang mengeluh kerana tidak ada 'assignment', tidak ada 'job' dan sebagainya.  Dan kita juga pernah dengar ada TG dari sini yang tak dapat 'deliver' info dengan jelas dan menarik.  Sudah acap kali kita dengar dan telah banyak kali juga kita cuba bimbing TG berkenaan - itu pun hanya segelintir sahaja yang mahu 'mengemaskini info' dan selebihnya menunggu, merungut dan komplen berbakul2 dibelakang.  Ada juga apabila diberi 'assignment' banyak sangat soalan yang tidak dapat kami jawab kerana kami pun sama-sama cari makan dan kadang2 terpaksa terima apa2 'assignment' tanpa memilih, tanpa 'demand' dan yang penting kita kena 'establishkan' diri dulu sebelum nak minta itu dan ini.  Jika kita fikir semula, mengapa kita sanggup mengikuti kursus sebagai TG?  Dan mengapa bila dah ada 'badge' kita banyak kerenah pula?  Bergaullah dengan 'senior TG' dari negeri lain, keluarlah cari pengalaman dan jangan segan bertanya.  Mengapa mesti menunggu saja sedangkan orang lain ligat ke sana sini mencari rezeki?  Berubahlah dan ubahlah sikap 'tunggu' dan terus menunggu.  Jangan salahkan sesiapa, jangan salahkah Kementerian dan jangan salahkan pihak kerajaan.  Kita patut bersyukur kerana mereka yang berada diluar Terengganu terpaksa mengumpul duit beberapa lama semata-mata nak dapatkan 'badge TG'.  Kerjaya kita boleh jadi lebih profesional jika kita benar2 faham tugas kita. 

Sementara kita mendapat 'assignment' baru, apa kata kita kongsi sama-sama info mengenai tempat kita.  Tak semestinya kita duduk di sini, kita tahu semua.  Kami akan turunkan mana-mana ilmu yang kami ada dan sekiranya tidak bertepatan dengan apa yang anda tahu, hantarlah komen supaya kita perbaiki sama-sama ya!

Gambar2 yang dipaparkan nanti sebenarnya didapati di sini, di negeri kita Terengganu, Negeri Menarik Budaya Menarik.   Jom kita kongsi....
Wetland di Setiu

TG Micheal di kawasan tapak semaian bakau - bakau pun dijadikan cerita.  Banyak info mengenai bakau. 

Tiram banyak terdapat di kawasan wetland.  Lazat dan boleh dimakan terus.
Lihat isinya yang boleh menyebabkan sesiapa saja terliur dengan keenakannya.  Tiram pun ada cerita juga kan?

Sekali lihat kita mungkin kata, alah apa ada dengan kelapa?  Tapi sebenarnya banyak story mengenai kelapa ni.  Mengapa kelapa banyak di tanam di kampung2 orang Melayu?  Bagaimana kelapa di jadikan minyak?  Apa lagi kegunaan kelapa2 ni.  Memang, kita boleh kata, alah budak kecik pun tahu mengenai kelapa, tapi jangan terkejut - ramai pelancongan terutama pelajar dari luar negara tidak tahu mengenai kelapa dan mereka jadi tertarik dengan cerita2 yang kita sampaikan - hanya mengenai pokok kelapa.  Jika ada mana2 orang kampung terutama di kawasan pantai yang kreatif menjadikan berbagai kraftangan atau cenderamata berasaskan kelapa, lagi menarik cerita kita! 

Kenal tak?  Ini tuntung dan katanya hanya 2 negeri di Malaysia ni yang banyak tuntung.  Perak dan Terengganu.  Selain cerita penyu yang kian pupus, kita ada tuntung.  Jika pelancong nak lihat, bawa saja ke Kampung Temir (maaf jika salah kampung) di Kuala Berang.  Nak lihat yang naik bertelur pun ada.  Januari adalah musim tuntung bertelur, tapi kena 'sacrifice' sikitlah sebab kena pergi di malam hari.  Jangan lupa, gunakan khidmat orang kampung di sana, mereka akan memberi kerjasama. 
cantiknya!! 

Ha cuba lihat yang sekor ni, lain sikit kan?  Kat kepalanya ada tanda merah.  Ini spesis yang jarang ada sekarang, tapi nak nengok bolehlah ke Kuala Berang.  Sebaiknya telefon dulu pusat tersebut dan buat 'appointment', jangan sekali-kali redah je sebab mereka adalah petugas kakitangan kerajaan, so kadang2 tidak dapat terima kita tanpa temujanji.  Kalau bawa pelancong, semasa didalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang, ada 1001 macam story boleh disampaikan. 
kawasan penetasan
cutenya!  Makanan kegemaran kangkung.  Cuma kadang2 agak takut digigit, sebab orang kata, kalau dia gigit tak lepas2 dah!  Betul ka?  Telur tuntung tak sama macam telur penyu, agak besar dan sedikit 'lonjong' (maaf, saya tak tahu disini disebut macamana)
Anda tahu dimana chalet ni?  Di tepi sungai Kuala Berang, walau tidak banyak tapi cantik dan dibuat dari pokok, kulit pokok dan bersih.  Paling best pemandangan Sungai Berang yang tenang dan mendamaikan.  Silalah kesana jika ada masa, banyak story kita akan dapat, percayalah
Unik kan.  Alamak!, tadi saya kata bersih, tapi tak pa, nanti depa bersihkan di bawah kolong tu.   Hmmm....

Saya kenal ini perahu, tapi tak tahu jenis apa.  Adakah payang? kolek? Sebab tak info yang ada di replika ini.  Cantik ditengah2 bulatan di Kuala Besut, tapi sayang ditengahnya banyak rumput yang tumbuh.  Pernah juga tourist tanya mengenai perahu ni, saya cakap apa yang saya tahu dan saya lebih bercerita tentang pembuatan bot di Pulau Duyung.

sayang sayang buah kepayang.... ditelan mabuk dibuang sayang,
pandang pandang, sekilas pandang, di biar sakit, di buang sayang!!! 
hmmm....

OK lah, takat ni dulu info yang saya ada.  Kamera pula dah punah, so, kena himpun 'tips' (kalau dapat) sebab nak beli yang baru.  Banyak lagi khazanah kita yang mesti kita kongsi, kita ketengahkan, kita ceritakan, supaya pelancong tertarik dan datang lagi ke negeri kita.   Hantarlah artikel kepada TTGA.  Boleh di faks atau email ke ttgaterengganu@gmail.com  dan jangan lupa hantar komen supaya kita perbaiki mana yang patut.

sumber: http://myttgaterengganu.blogspot.com

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

menarik tempat ni bagi saya...

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog