Teruja Berada Di Terengganu
“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. Tiger Lim “Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam. Fika Rahma Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . “Makanan di negeri ini ter...