Posts

Showing posts from September, 2014

Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Image
Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu. “Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan. “`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Ahmad Razif berkata, ...

Terrapuri : Sebuah Mahakarya Cinta

Image
Dia mengambil masa selama 19 tahun untuk melengkapkan impiannya yang dinamakan Terapuri, suatu yang dianggap oleh sebilangan rakan sebagai ‘kerja gila’. Satu demi satu rumah-rumah lama berusia beratus tahun yang hampir runtuh dan dianggap tidak lagi bernilai oleh para pemilik, begitu juga perkakas di dalamnya termasuk kukur kelapa dan sarang kuih. Satu demi satu dicerai dan dibangunkan semula dengan kaedah tradisional oleh tukang-tukang yang masih mewarisi kemahiran, dikembali kepada bentuk asal dengan kesempurnaannya. Ia mengembali seri, keindahan dan keunikan sebenarnya untuk diberi nilai baru demi kepentingan warisan negeri dan dunia perniagaan yang diceburinya. Suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan lenyap begitu sahaja kini menghiasi Terrapuri (tanah istana) di Kampung Mangkuk Penarik, hampir sejam perjalanan dari Kuala Terengganu. Alex Lee Yun Ping, 42, membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk itu dan rumah-rumah tradisional antik berkenaan menjadi s...

22,279 – Penyertaan Tertinggi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Image
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2014 yang diberi nafas baharu mencatat sejarah penyertaan teramai sepanjang siri penganjurannya dengan 22,297 orang bersaing dalam 12 kategori semalam. Pelari dari Kenya terus mengungguli kategori utama (antarabangsa) lelaki dan wanita terbuka dalam perlumbaan sejauh 42 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Seurei Julius Kiprotichi, 38, yang menamatkan larian dua jam lapan minit dan 59 saat (2’08:59) membawa pulang RM18,000 manakala Mary Arennkwony Maiyo, 26, dengan catatan masa 2’33:44s meraih RM10,000 selaku juara. Tempat kedua lelaki dan wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Muasya Onesmus Muindi dengan catatan masa 2’09:9s dan ketiga, Joel Kipumo Kemboi dengan masa 2’09:18s. Masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000. Tempat kedua wanita terbuka antarabangsa dimenangi oleh Edinah Jeruto Koech dengan catatan 2’38:44 saat dan ketiga Purity Chelimo Serem dengan catatan 2’40:...

Drama baru TV3 menjalani pengambaran di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Peladang Setiu Agro Resort sekali lagi menjadi lokasi pengambaran drama bersiri "AKU TAK RELA' untuk Slot Azalea di TV3. Drama ini mengandungi 120 episod. Ia dihasilkan oleh A. Aida Production dengan pengarahnya Abang Anuwad dan pengarah kraetifnya Abang Hasnul. Pengambaran melibatkan persekitaran kawasan resort yang dikelilingi tasik, ruang lobi, pejabat dan chalet. Ia diharap mampu memberi impak kepada pelancongan di Setiu dan Terengganu dengan memperkenalkan lokasi menarik melalui drama tersebut. Di antara pelakonnya ramai bakat-bakat baru yang diketengahkan dan juga pelakon yang sudah mempunyai nama seperti Zulhairi, Watie Sadali dan lain-lain. Terengganu sememangnya berpotensi menjadi lokasi pengambaran drama atau filem dengan banyak sekali lokasi menarik dan kerjasama yang baik daripada masyarakat setempat.

Kuala Terengganu akan mempunyai penerbangan Terus dari Medan, Indonesia bermula November ini

Image
Kuala Terengganu akan mengorak langkah sebagai hub pelancongan di pantai timur semenanjung apabila akan mempunyai penerbangan terus Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu pada November ini. Ia akan dioperasikan oleh YOU Wings melalui pesawat Sriwijaya Air. Menurut Pengerusi Eksekutif YOU Wings, Daniel Lee, penerbangan ini akan beroperasi 3x seminggu yang dijangka memberi dimensi baru hubungan Medan-Kuala Terengganu dalam pelancongan, perniagaan dan perdagangan. Di samping Kuala Terengganu, ia turut mempunyai penerbangan terus Medan-Ipoh bermula November ini. Negeri Terengganu yang terkenal dengan tagline Negeri Cantik Budaya Menarik dijangka mampu menggamit pelancong dengan tarikan produk pelancongan yang hebat seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir serta Bandaraya Kuala Terengganu itu sendiri. Kota Medan yang mempunyai penduduk melebihi 8 juta tentunya mempunyai potensi yang besar terutama dalam menggamit pelancong untuk mengunjungi Terengga...

Apabila Shaheizi Sam Bertamu di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Ini adalah di antara staf Agro Resort, Setiu, Terengganu yang bergambar dengan pelakon terkenal Shaheizi Sam yang sempat meluangkan masa sebelum ke lokasi penggambaran filem baru Astro Shaw ' POLIS EVO'. Lokasi penggambaran dilakukan disekitar Kg Mangkuk, Kg Telaga Papan dan Jeti Merang. Agro Resort menjadi lokasi penginapan bagi krew dan artis filem baru ini.  Memang 'humble' Shaheizi ini, mudah mesra dengan peminat walaupun agak penat selepas seharian di lokasi. Artis lain yang turut sama membintangi filem POLIS EVO ini Zizan Razak, Nora Danish, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Fadhilah Mansor dan ramai lagi.

Jejak Ulama Terengganu: Tokku Pulau Manis

Image
Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri. Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun. Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada ...

AISKRIM BABA di Rantau Panjang yang enak... bisnes yang lumayan

Image
Pada cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ini, semasa ke kenduri di Pasir Mas, admin dan keluarga ambil kesempatan ke Rantau Panjang , iaitu ke Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang. Memang ramai sekali pengunjung terutama mereka dari luar Kelantan dan juga warga Kelantan yang pulang ke kampung. Dalam menjelajah 'window shopping' terpandang motosikal penjaja yang menjual aiskrim. Nampak menarik. Aiskrim BABA itulah namanya. Aiskrim biasa atau masa kecil dulu dipanggil aiskrim colek yang diberi nafas baru dengan gabungan pulut, roti, jagung, kacang, cincau dan susu yang sedap dan menyelerakan. Harganya RM2 secawan. Inilah yang dinamakan 'inovasi' kepada produk sedia ada dan diberi nafas baru dengan jenama baru. Menarik. Sekali pandang sudah ingin mencuba. Dan satu lagi perkara yang mencuri tumpuan adalah kegigihan anak muda mencari rezeki tanpa rasa malu dan segan. Pada pandangan admin , pendapatan sehari usahawan muda ini boleh mencecah RM300 hingga RM4...

Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh 2

Image
Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh 2 : http://pondoksridamai.blogspot.com/ Lagi cerita dan kisah berkenaan Tokku Paloh, Ulama terkenal Terengganu “Terengganu ini ada tuan...

Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh, Terengganu

Image
Budak Kg Setiu: Jejak Ulama: Tokku Paloh, Terengganu : Latarbelakang Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh....

RM70.00 semalam promosi penginapan di D Kekabu Inn, Setiu, Terengganu.. dengan sungai yang cantik dan jernih memang best

Image
D Kekabu Inn, Setiu, Terengganu menawarkan PROMOSI PENGINAPAN ISTIMEWA serendah RM70.00 semalam. Resort yang terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung ini menawarkan keindahan semulaijadi sungai sebagai tarikan utama. Sungai yang bersih dan jernih ini amat sesuai untuk pelancongan keluarga beriadah dan lari dari kesibukan kota. Ia mempunyai 9 bilik ini amat sesuai untuk perjumpaan keluarga dengan suasana yang privasi sambil mandi sungai dan berkelah atau BBQ. Terletak 10km daripada Bandar Permaisuri, 90km daripada Kuala Terengganu dan 37km daripada bandar Jerteh dan hanya 1 km daripada resort sedia ada yang terkenal iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Untuk tempahan, bolehlah menghubungi talian 011 29321165 atau 0109028951 - Zainuddin untuk tempahan dan pertanyaan lanjut

Pengunjung blog