Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

tasik-kenyir-173

Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu.
“Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan.
“`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Ahmad Razif berkata,  peningkatan pengunjung ke destinasi terkenal itu juga  akan membantu merealisasikan hasrat Tasik Kenyir sebagai hab eko- pelancongan dan kawasan bebas cukai satu masa nanti.
Untuk rekod, data kemasukan pengunjung ke Tasik Kenyir pada tahun lalu mencatatkan peningkatan bilangan sebanyak 17.8 peratus  kepada  467,678 orang berbanding pada 2012 (397,000 orang).
Sementara pada  2011 seramai 275,241 orang pengunjung direkodkan ke tasik itu,  meningkat  44 peratus berbanding 2012.
Katanya, perkembangan itu memberi  petanda positif  terhadap sasaran kerajaan negeri untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai medium sumber penjana ekonomi negeri yang utama akan tercapai .
aidaabdrahman@teganu kita

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog