Bulan Mac hingga September Musim Penyu Bertelur di Terengganu, Jom kita tengok

Hasil carian imej untuk penyu terengganu 



Musim bulan Mac hingga September setiap tahun adalah musim penyu bertelur di Terengganu. Mungkin tidak segah seperti di Rantau Abang sebagaimana dahulu, namun dari maklumat dan data, masih banyak lagi penyu naik bertelur di pantai Terengganu.

Pantai panjang yang memutih dari dari Besut hingga ke Kemaman masih menyediakan kemudahan yang baik untuk penyu-penyu bertelur di Terengganu.

Kat mana nak tengok? Hasil maklumat daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang, di antara pantai yang kerap dikunjungi penyu untuk bertelur adalah:

- Pantai Telaga Papan Setiu
- Pantai Bukit Cakar, Paka
-Pantai Ma Daerah, Kerteh,
- Pantai Rantau Abang/Kuala Abang
- Pantai Teluk Maknik, Kemaman

Bulan Ogos merupakan antara kemuncak untuk melihat sendiri penyu bertelur dan boleh dikatakan setiap malam akan naik bertelur.

Hasil carian imej untuk penyu terengganu
Jenis Penyu

Jom kita kenali jenis penyu, daripada 7 jenis spesis penyu di dunia, 4 daripadanya terdapat di Malaysia iaitu:

  • penyu belimbing
  • penyu karah
  • penyu lipas dan
  • penyu agar
Penyu Agar


Green Turtle
Chelonia Mydas
Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.

Penyu yang paling banyak mendarat sekarang di Terengganu adalah Penyu Agar terutama di pantai-pantai sebagaimana di atas.

Pada tahun 2014 sebanyak 4306 pendaratan penyu agar dengan jumlah telur sebanyak 359,527. Dan hasil penetasan dan pengeraman telah menghasilkan 260,689 anak penyu yang kemudiannya dilepaskan semula ke laut.

Penyu agar ini sifatnya adalah memakan rumpai laut dan amat penting kepada ekosistem pembiakan ikan dilaut.

Penyu Karah

Hawksbill Turtle
Eretmochelys Imbricata
Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.
Manakala penyu karah pula sebanyak 37 pendaratan telah direkodkan dengan 4174 jumlah telur dan 2795 anak penyu telah berhasil di tetaskan. Kebanyakan pendaratan penyu karah adalah di Pulau Redang di mana Penyu Karah ini sukakan pantai yang halus, putih dan bersih dan kehidupannya banyak memakan karang dan sekitar terumbu.

Penyu Belimbing

Leatherback Turtle
Dermochelys Coriace
Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.
Hasil carian imej untuk penyu terengganu

Adalah penyu yang paling popular bertelur di Rantau Abang, walaubagaimanapun, kali terakhir penyu naik mendarat di Terengganu ialah pada 2010 tetapi tidak bertelur.

Penyu Lipas

Olive Ridley Turtle
Lepidochelys Olivecia
Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Penyu juga sebenarnya berdepan cabaran kepupusan yang serius di mana kali terakhir dilihat mendarat di Terengganu ialah pada 2004.


Comments

Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog