KPFB Roomstay & Hostel ... murah dan bilik memang awesome...
KPFB Roomstay dan Hostel kini telah dibuka kepada pelanggan di premis KPFB di Tepuh, Kuala Nerus, Terengganu. Ia bukan sahaja murah malah rekabentuk bilik dan asramanya memang 'awesome' serta selesa dengan kelengkapan bagai hotel bintang. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Bin Md Eusope pada 20 Mac 2017 . KPFB Rooamstay dan Hostel menawarkan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan kemudahan yang amat selesa dengan penghawa dingin serta bilik air yang selesa. Ia turut dilengkapi dengan ruang tamu beserta TV serta ruang dapur dengan kemudahan penapis air, peti sejuk serta peralatan dapur kering. Dengan lokasi hanya 15 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Kompleks Stadium Gong Badak tentunya ia pilihan yang sesuai untuk anda samada secara individu, bekeluarga mahupun berkumpulan dengan harga sewaan serendah RM60 sebilik dan jika sewa kesemua bilik hanya ditawarkan RM310 sahaja . Bagi pertany...