Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu




Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu.

Kunjungan sebelumnya ke warung ini dapat menikmati Gulai lemak daun kesom Ikan Tapah,, memang rasa bagai masakan orang tua dan tradisi. Dan kunjungan terbaru pula adalah Gulai lemak daun kesum ikan haruan, memang memukau selera.



Lauk lain yang terdapat di warung ini adalah ikan patin asam pedas, ikan puyu goreng, ikan keli goreng, sayur lemak dan pelbagai lagi termasuk sambal belacan, ulam dan tak luypa budu.

Bagi yang rindu masakan kampung dan ikan darat, memang terubat. Rasa masakannya memang asli kampung dan cukup masam, masin dan pedasnya.



Warung ini juga turut menjual air kelapa muda dan air nira kelapa atau orang tempatan memanggilnya 'air nira'.

Bagi yang ingin singgah merasa masakan ikan darat ini bolehlah mencari Masjid Bandar Permaisuri dan warung betul-betul berhadapan dengan pintu masjid di seberang jalan.

@terengganumyheritage post

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog