Kenyataan Media Berkaitan Tangkapan Ikan Jerung di Perairan Pulau Kapas Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu


Hasil carian imej untuk logo beautiful terengganu 2017

*Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Berkaitan Penularan Gambar Penangkapan Ikan Jerung di perairan Terengganu di Media Sosial*
Para pelancong yang berkunjung di negeri Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung yang disebarkan di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang.
Malahan, Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan tersebut, susulan penyebaran gambar jerung spesis bull shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam.
Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan.
Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang di tular itu, di harap orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan gambar tersebut dengan pelbagai andaian yang boleh menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan pelancong.
JTLN dan Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) juga melakukan pemantauan dari semasa ke semasa berikut isu ini, walaubagaimanapun, anak jerung spesis ini boleh hidup dikawasan persisiran pantai tetapi tidak berbahaya kepada manusia, setakat ini tidak ada rekod spesis ini menyerang manusia di Malaysia.
Kes seperti ini jarang-jarang berlaku semua pihak telah mengambil maklum dan operasi chalet pulau-pulau di Terengganu berjalan seperti biasa, malahan bulan Mac hingga Oktober merupakan musim paling sesuai bagi pelancong bercuti di pulau dan pantai di Terengganu setelah musim tengkujuh melabuhkan tirainya.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog