Kolam Air Panas Pancur Merah, Setiu, Terengganu Akan Di Majukan

Image may contain: one or more people, tree, outdoor, nature and water

Oleh: Aminudin Ismail

Sebuah kolam air panas yang terletak di Kampung Panchur Merah, Guntung, Setiu akan di majukan sebagai kawasan pelancongan tidak lama lagi.

Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, projek memajukan kolam air panas itu sebenarnya dirancang semasa beliau menjawat jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Setiu pada 2012.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, plant, cloud, mountain, outdoor and nature

"Saya mengenalpasti satu kawasan di mana terdapat punca air panas di kawasan Kampung Panchur Merah, Guntung. Lepas pada itu, saya telah berbincang dengan YB. Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) untuk mencadangkan satu kawasan seluas 10 ekar di tapak persekitaran punca air panas tersebut.

"Perbincangan awal ini semasa tahun 2012 bersama pihak Felcra untuk memajukan kawasan tersebut. Kita putus dengan pihak pengurusan Felcra di mana tanah disediakan oleh kerajaan negeri di mana peruntukkan pembangunan oleh pihak Felcra," katanya.

Image may contain: 3 people, people standing, outdoor and nature

Rosdi berkata, dengan jawatan baru sebagai Pegawai Daerah Setiu, beliau akan berusaha untuk memajukan kawasan punca air panas itu.
 

"Saya akan adakan pertemuan untuk perbincangan lanjutan dengan CEO Felcra di Kuala Lumpur untuk melihat prospek perlaksanaan projek ini," katanya kepada TIT hari ini.

@the iman tribune

#terengganumyheritagepost

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog