JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH KUNCI KEJAYAAN TERBAIK SPM 2016 - Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi

Image may contain: 1 person


http://m.utusan.com.my/…/…/spm-terengganu-meningkat-1.457803
  Pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran.
Mata pelajaran yang beliau mendapat A+ adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Husna mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapanya, guru-guru, sekolah Imtiaz, kawan-kawan yang sentiasa membantu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang banyak mengadakan kem-kem akademik sebelum ini.
‘Saya juga seperti pelajar lain mengulang kaji pelajaran seperti biasa tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah bagi mendapat keberkatan dalam hidup termasuk dalam pelajaran’.
‘Jaga hubungan dengan Allah kerana Allah tak nak bagi ilmu masuk dalam kepala kita memang ia tak masuk jadi yang paling utama sebelum kita belajar kita kena berdoa mintak dengan Allah dan cuma Allah yang boleh bagi ilham waktu kita jawap periksa dan semuanya hanya dengan izin Allah’.
‘Yakin dengan Allah dan jaga hubungan adab dengan mak ayah, jaga hubungan dengan guru-guru untuk dapat keberkatan jaga adab dengan mereka yang bagi ilmu kat kita, dan jaga adab dengan kawan-kawan serta kaum kerabat’.

‘Allah ada kata kalau kita dalam hidup ini dua perkara yang paling penting Hablum Minallah wa hablum minannas jadi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang paling penting’.
‘Waktu pagi kita perlu utamakan baca Al Quran dulu biar dapat keberkatan dan cari redha Allah dan kemudian baru baca buku akademik’.

‘Saya tak sangka dapat result cemerlang saya cuma doa kalau Allah nak bagi memang Allah bagi yang penting yakin dengan kekuasaan Allah’.
‘Saya duduk asrama dan jangan lupa ingat ke mak ayah, telefon mereka dan mintak maaf zahir batin dan mintak restu semua sebab kalau mak ayah tak redha Allah tak redha dan kalau Allah tak redha macam mana nak bagi kita kejayaan kan’ katanya selepas menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin di JPNT pagi tadi.

@imtiaz yayasan terengganu

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog