Jadual kehidupan bagi melahirkan insan Ulul ALbab di Sm Imtiaz, Besut, Terengganu..


No automatic alt text available.

Inilah jadual waktu kehidupan seorang pelajar bagi melahirkan huffaz dan insan hebat yang seimbang antara akademik dan hafazan Al quran di SM IMTIAZ Besut Terengganu dengan motonya ' School Of Excellence'.

Kehidupan pelajar bermula seawal jam 5.00 pagi dan semua pelajar digalakkan bertahajjud sebelum waktu Subuh. Dan selepas solat subuh bermulalah rutin menghafal Al Quran.

Kelas akademik bermula jam 9.40 dan berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari bagi waktu Qailullah atau Napping yang menjadi rahsia kekuatan minda manusia.

Waktu akademik disambung lagi bermula jam 2.15 petang sehingga jam 4.30 petang.

Image result for sm imtiaz

Pada malamnya sebelum tidur pelajar digalakkan melakukan solat witir bagi mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta sunnah Rasulullah saw.

Apa yang istimewa di sekolah ini, ibu bapa amat digalakkan mengunjungi pelajar dengan syarat tidak mengganggu jadual pembelajaran anak-anak. Nak melawat setiap hari pun tak apa.

Dan pihak sekolah mahukan hubungan ibubapa dan sekolah lebih akrab bagi menjayakan misi besar elahirkan insan hebat dunia dan akhirat.

pengalaman anak yang belajar disekolah ini dan kini di Tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM membuktikan kesungguhan dan program sekolah bagi memastikan kejayaan pelajar samada akademik mahupun sakhsiah.

kelas tambahan hujung minggu bagi pelajar SPM telah bermula pada minggu pertama persekolahan lagi bagi memastikan persediaan terbaik buat pelajar.

Image result for sm imtiaz besut
salam-monash. blogspot.com

Tahniah pengurusan sekolah SM Imtiaz Besut yang diketuai Tuan Haji Abdul Wahab Bin Arshad dalam melahirkan insan Ulul Albab.

#setiupost


Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog