Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long yang terletak di Kg Raja, Besut, Terengganu adalah legasi warisan seni pertukangan dan ukiran kayu Melayu yang hebat. Gerbang masuk yang melambangkan gahnya seni ukiran Melayu Ia umpama sekolah warisan yang meneruskan tradisi kehebatan ukiran tukang-tukang Melayu dahulu dalam meneruskan kesinambungan untuk generasi akan datang. Istana Bumbung Limah Antara hasil kerja pelajar seni ukir Dengan binaan senibina warisan berasaskan Bumbung Limah, Potong Belanda dengan diukir serta binaan pasaknya, ia boleh menjadi rujukan dalam mengkaji kehebatan binaan Melayu lama. Begitu halus dan teliti hasil seni ukiran Melayu Di sini juga terdapat Sekolah Ukir atau kursus ukiran untuk anak-anak muda yang berminat meneruskan warisan tradisi seniukir Melayu. Ia adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU Terengganu). Taklimat oleh Encik Zulkarnain kepada peserta Jejak Warisan jelajah Besut ...
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.
Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017 1. Leong Chee Feng- Selangor 2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur 3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM 4. Chai Kiang Beng- ATM 5. Chong Javen- Selangor 6. Kuala Lumpur 7. Kuala lumpur 8. Ching Yik- MASUm 9. Amos Ling- Selangor 10. Mohd Syazwan- Kedah Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut: 1. Alice Chang- Sarawak 2. Tee Ai Xin- Johor 3. Hong Yi- Johor 4. Sammy Tay-Sarawak 5. Keuh Wan May- Sarawak 6. Amanda- Selangor 7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan 8. Selangor 9. Pulau Pinang #setiupost #pingpongmalaysia
Suatu ketika dahulu, semasa blogger masih dizaman kanak-kanak, bermain wau atau layang adalah satu kegilaan hingga lupa makan dan minum. Macam-macam jenis wau telah dicua. Semuanya hasil buatan tangan dan sendiri. Dulu yang ada dikedai hanyalah layang-layang plastik. Nak main kena tambah ekornya. Selalunya wau yang dibuat adalah wau barat, wau burung, wau kucing dan lain-lain. Yang tak naik langsung pun ada juga. Bahan yang digunakan adalah kertas wau bersama benang dan gam kanji atau nasi. Buluh dicari dibelukar dan dijemur serta diraut. Kadang-kadang minta tolong orang yang lebih dewasa supaya wau yang dibuat seimbang dan yang paling penting adalah terajunya. Kalau tak seimbang maka tak naik lah wau itu. Itu kenangan dulu, sekarang ini agak sukar melihat wau hasil kerja tangan. Kanak-kanak sekarang sudah banyak memiliki permainan lain. Main wau bukan lagi menjadi kegilaan. Namun begitu masih ada segelintir yang masih meminati dan memainkan wau ini. Sebenarnya main wau ini memupuk ke...
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Pasar malam begitu sinonim dengan masyarakat di Terengganu. Lebih 90 peratus daripada masyarakat di negeri ini pernah mengunjungi pasar malam sekurang-kurangnya sekali. Terdapat pelbagai jenis juadah makan boleh dibeli di pasar malam. Antara yang paling popular ialah ayam goreng, nasi berlauk, murtabak, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lokasi pasar malam di Kuala Terengganu setiap hari. Ahad Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Permint Jaya Chendering Pasar Malam Bukit Payong Pasar Malam Batu 6 Isnin Pasar Malam Manir Pasar Malam Atas Tol Pasar Malam Wakaf Tembesu (dekat Masjid) Pasar Malam Padang Polis (kecik je) Pasar Malam Banggol Peradong Selasa Pasar Malam Gong Badak Pasar Malam Simpang 4 Lama Chendering (Dulu dkt Chendering Puspakom) Pasar Malam Pengadang Baru Pasar Malam Cabang 3 Pasar Malam Bukit Guntong Rabu Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Serdang Baru Pasar Malam Kg Baru Seberang Takir Pasar Malam Tok Adis ...
Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 ) As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Suma tera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama . Diantara guru beliau ialah : 1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar 2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam 3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam 4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati 5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil 6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab ) 7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram ) 8. Syeikh Muhammad al Arabi 9. Syeikh Hassan Yamani 10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah ) 11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia ) 12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani 13. Syeikh Abdullah Lahji 14. Syeikh Zakaria Bila 15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani ...
Comments