Gerakan Kung Fu Dalam Animasi Avatar...jom kita terjah


Pernah menonton siri animasi Avatar : The Last Airbender dari syarikat televisyen yang ternama di USA iaitu Nickelodeon? Jadi sesiapa yang belum mengetahui tentang jalan cerita animasi ini, penulis akan membawa para pembaca menyelami dunia Avatar yang terkenal dengan kuasa ‘bending’ mereka.
• Ianya sebuah animasi yang mengandungi 3 musim & setiap musim ini diceritakan di dalam animasi ini dengan istilah 3 buku. Animasi ini mula ditayangkan dari tahun 2005 sehingga 2008.
• Dalam siri animasi ini, ianya berlatar belakang tentang sebuah dunia yang lebih tertumpu kepada budaya orang Asia.
Digambarkan penduduk & masyarakat di dalam animasi ini terdiri daripada masyarakat yang berasal dari 4 buah daerah iaitu asia selatan, asia utara, Inuit & anggota New World (Tiada kena mengena dengan Dajjal).
• Manusia yang berada di dalam dunia ini mampu menciptakan kuasa elemen yang berunsur api, tanah, air & angin mengikut gerakan-gerakan yang khas.
Kebanyakan gerakan-gerakan ini diambil dari gerakan seni bela diri di China & di dalam siri animasi ini dikenali sebagai ‘bending’.
• Siri animasi yang mendapat sambutan hangat di mana setiap episod berdurasi 23 minit ini diangkat ke layar perak secara live-action oleh pengarah terkenal, M.Night Shyamalan di bawah tajuk The Last Airbender pada tahun 2010.
• Di dalam siri animasi ini dihadirkan 5 orang watak utama iaitu, Aang, Katara, Sokka, Toph & Putera Zuko.
Airbender (Elemen Angin/Udara)
• Elemen ini diambil dari salah satu gerakan yang ada di dalam seni bela diri China iaitu Ba Gua Zhang.
• Kepada pembaca yang sudah menonton siri animasi ini, kita dapat melihat gerakan Aang
dalam mengawal elemen angin ini melalui gerakan yang lembut & mendalam.
• Ba Gua Zhang juga dikenali sebagai Pa Kua Chang adalah salah satu seni bela diri China yang menggunakan tenaga dalaman.
Seni bela diri Aikido dari Jepun juga berasal dari Ba Gua Zhang.
• Maksud Ba Gua Zhang :
a) Ba = Nombor 8.
b) Gua = Bentuk Triagram.
c) Zhang = Telapak tangan.
Dan kalau diterjemahkan ianya bermaksud Lapan Triagram Tapak Tangan.
• Tidak diketahui dari sumber yang tepat dari mana asal-usul seni bela diri ini, tetapi mengikut sumber yang lebih dipercayai ramai, ianya dikenalpasti berasal dari seorang mahaguru, Dong Hai Chuan yang memperkenalkan seni bela ini pada khalayak umum.
• Apa yang dapat kita lihat, Aang selalu bermeditasi, selalu mengatur pernafasan & bertangan kosong semasa bertarung kerana di dalam seni bela diri ini, ianya memang bertujuan melatih seseorang yang menuntut ilmu seni bela diri ini untuk lebih memfokuskan dalam mengawal pernafasan sehingga ke tahap maksimum, memelihara anggota badan, mengawal aliran Chi di dalam badan & mengawal keseimbangan tubuh semasa bertarung.
Waterbending (Elemen Air)
• Elemen ini diambil pula dari gerakan seni bela diri iaitu Tai Chi.
• Gerakan Bender yang menggunakan elemen air menyerupai gerakan Bender yang mengawal elemen angin iaitu dengan gerakan lembut postur tubuh badan yang tidak terlalu agresif.
• Tai Chi adalah salah satu seni bela diri China yang lebih memfokuskan juga dalam mengimbangi aliran Chi di dalam tubuh badan manusia.
• Tai Chi dikenali sebagai salah satu seni bela diri yang unik kerana gerakannya yang lambat & lembut, tidak menunjukkan kekuatan yang agresif & ianya lebih kelihatan seperti senaman.
• Tai Chi dalam bahasa China dikenali juga sebagai ‘Tinju Tingkat Tinggi’, ‘Pukulan Tanpa Batas’, ‘Pukulan Halus’ dan ‘Pukulan Tingkat Tinggi’.
• Istilah tingkat tinggi, halus atau tanpa batas merujuk kepada penggunaan tenaga Chi yang dianggap sebagai kekuatan yang sangat jauh melebihi kekuatan tenaga otot & tenaga biasa.
• Tai Chi melatih penggunanya untuk menggunakan tenaga Chi dengan mengimbangkan 3 elemen yang penting iaitu :
a) Gerakan fizikal.
b) Fokus dalam berfikir.
c) Pengaturan pernafasan.
• Dipercayai ketiga elemen ini mampu mempengaruhi aliran tenaga Chi di dalam badan sengan lebih mudah, kerana jika seseorang tidak mampu menguasai 3 elemen ini maka, tenaga Chi di dalam badannya tidak akan mengalir dengan baik & lancar.
• Justeru itu, seni bela diri Tai Chi dianggap susah juga untuk dikuasai kerana ianya memerlukan proses yang sangat lama untuk seseorang menguasainya.
Ini menyebabkan ramai lelaki lebih menjauhkan diri menguasai seni bela diri ini kerana gerakannya yang lembut & lambat serta tidak menampakkan ‘kejantanan’ dalam pertarungan.
• Dalam Tai Chi ada 4 jenis cara yang digunakan di dalam latihannya iaitu
1) Nei Kung – Latihan bersenam badan, melatih diri dalam mengawal aliran tenaga Chi di dalam badan.
2) Taolu – Latihan gerakan yang melakukan gerakan-gerakan yang khusus untuk mengalirkan & mengawal tenaga Chi melalui jurus.
3) Tui Shuo – Latihan berpasangan yang bertujuan melatih seseorang untuk menghasilkan tenaga Chi di antara satu sama lain.
4) Latihan menggunakan senjata dengan menggabungkan ketiga latihan di atas.
Earthbending (Elemen Tanah)
• Elemen tanah
• Pada kali ini, kita tidak menumpukan kepada gerakan watak Toph sebaliknya kita mengambil gerakan yang digunakan oleh majoriti para Bender dari puak Earth Kingdom.
• Elemen ini diambil dari seni bela diri Hung Gar iaitu seni bela diri yang menggabungkan gerakan harimau & burung bangau.
• Berdasarkan legenda Hung Gar bermula apabila Hung Hei Gun mempelajari seni bela diri daripada Jee Sin.
Jee Sin ialah seorang ‘grandmaster’ Zen di Kuil Shaolin Selatan & dialah juga bertanggungjawab dalam mengajar Choy Gau Lee, Mok Da Si, Lam Sau Ngan & Li Yao San yang di kemudian hari kelima orang anak muridnya ini menjadi pendiri & pengasas lima buah gerakan kung fu gaya Shaolin di daerah China selatan.
• Berdasarkan sejarah yang diketahui, kuil shaolin yang dijadikan markas utama (headquartes) gerakan pemberontak untuk menentang pemerintahan Dinasti Qing dihancurkan.
Hung yang juga merupakan seorang pedagang teh yang menetap di kuil itu berjaya menyelamatkan diri & berpindah ke Guangzhao.
Di Guangzhao, Hung Hei Gun membuka pusat bela diri khusus mengajarkan seni bela diri ini & masyarakat memanggil gerakan kung fu ini sebagai ‘Hung Gar’.
• Wong Fei Hung juga merupakan salah seorang ahli seni bela diri yang mengamalkan gerakan ini.
• Gerakan kung fu Hung Gar adalah:
a) Tinju Penjinak Harimau – Iaitu merupakan suatu latihan asas jurus & tujuannya adalah untuk melatih seseorang menguatkan daya tahan stamina badan.
b) Jurus Tinju Harimau & Bangau.
• Merupakan suatu latihan jurus gabungan harimau & bangau serta Wong Fei Hung sendiri yang menambahkan ilmu ‘Tinju Jambatan’ dalam latihan peringkat ini.
• Jurus lain adalah Fat Ga, Lo Hon & teknik Llama.
• Dalam latihan ini juga, jurus ini ada yang diambil dari gerakan ular & naga.
c) Jurus Pagar Besi.
• Suatu latihan yang menggabungkan latihan Qi Gong & latihan otot.
• Kung fu Hung Gar juga digunakan oleh watak Grandmaster Chiu Chi Lang di dalam filem Kung Fu Hustle (2004).
Firebending (Elemen Api)
• Gerakan kung fu yang digunakan oleh para Bender dari kalangan puak Fire Nation adalah gerakan ‘Northern Shaolin’.
• Gerakan kung fu ini adalah sangat agresif & bertenaga serta kebanyakkan para Bender menggunakan kelajuan tendangan kaki sebagai gerakan membunuh dalam mengawal elemen api.
• Dalam seni bela diri tradisional di China, ianya terbahagi kepada dua aliran iaitu :
1) Aliran Utara – Masyarakat yang tinggal di daerah utara China bertubuh besar, kuat lalu mereka mampu menguasai kung fu aliran ini & kebanyakan jurus dalam aliran ini menggunakan kaki sebagai jurus yang mematikan.
Ini kerana, permukaan daerah di utara China pada masa itu adalah kering & tandus serta ini memudahkan para penuntut ilmu aliran ini melatih kaki mereka dalam latihan & pertarungan.
Dikenali sebagai aliran yang keras.
2) Aliran Selatan – Kebanyakan penuntut ilmu seni bela diri ini menggunakan tangan sebagai jurus mereka & keadaan permukaan tanah yang lembut serta berlumpur menyebabkan mereka tidak dapat berlatih menggunakan kaki.
Dikenali sebagai aliran yang lembut.
• Dua aliran ini dikenali di dalam peribahasa pada masa itu, iaitu : ‘Pukulan Selatan, Tendangan Utara’.
• Ada beberapa gerakan kung fu yang berasal dari aliran Utara diantaranya :
a) Chang Quan.
b) Ba Gua Zhang.
c) Eagle Claw.
d) Northern Praying Mantis.
• Gerakan aliran ini juga banyak menggunakan loncatan sambil menendang & cepat, serta aliran ini lebih menumpukan tenaga luaran/kekuatan jasmani.
• Perkembangan zaman & pengaruh alam menyebabkan dua aliran ini akhirnya dicampurkan atau digabungkan menjadi satu aliran seni bela diri China dengan panggilan ‘Aliran Utara Selatan’.
Penutup
Itu sahaja yang penulis dapat sampaikan dan kupaskan mengenai hubung-kait gerakan para Bender untuk mencipta elemen-elemen di dalam ‘bending’ mereka. Jika ada salah dan silap mohon diperbetulkan. Kalau tiada lebih baik berdiam diri.
sumber: the patriots
#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog