Posts

Showing posts from August, 2010

Tebu Mountain Challenge 2010.. RM30,700 di tawarkan

Image
Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula jadi Terengganu (TENAGA) akan menganjurkan cabaran aktiviti lasak Tebu Mountain Challenge 2010 yang akan di adakan pada 24 hingga 25 September 2010. Cabaran ini akan bermula di kaki gunung iaitu di Hutan Lipur Lata Belantan. Kategori yang di pertandingkan adalah Lelaki dan wanita terbuka, Lelaki dan wanita master (44 tahun ke atas) serta kategori pelajar 13 hingga 20 tahun. Jarak pertandingan adalah 14km pergi dan balik mengharungi cabaran dan rintang geografi gunung yang mencabar. Hadiah pertandingan yang ditawarkan adalah lumayan di mana RM30,000 telah diperuntukkan untuk semua kategori. Pemenang akan menerima hadiah sehingga tempat ke 10 bagi semua kategori. Penganjuran Cabaran Tebu Mountain Challenge ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Bagi yang berminat boleh menghubungi Sekretariat penganjur TMC di talian 012-9297837 (Encik Khairul), 0199176000 (Encik Zahari) dan 0199359358 (Encik Nek Yunus)

Tanjung Jara Resort.. memang resort bertaraf dunia

Image
Baru-baru ini blogger sempat mengunjungi salah sebuah resort yang terkenal di daerah Dungun. Terletak di Tanjung Jara, ianya sememangnya indah bagai di kata. Terletak bersebelahan kampung Tanjung Jara ianya memberi pelbagai dimensi tarikan kepada pengunjung daripada keindahan pantainya, keunikan budaya kampung nelayan serta rekaan senibina resort itu sendiri yang unik dan menarik sekali. Resort ini dibina berasaskan binaan istana tradisional Melayu kurun ke 17. Dibangunkan dikawasan seluas 17 hektar ia mempunyai 99 buah chalet yang unik dan menarik. Falsafah resort ini adalah berasaskan keunikan resort ini sendiri iaitu ' sucimurni' yang menekankan 'purity of spirit, health dan well being'. di mana ia diasaskan untuk mengembalikan semula tenaga kesegaran fizikal dan spiritual. Jenis-jenis bilik yang terdapat di resort ini adalah : Anjung Suite Anjung Room Serambi Room Bumbung Room Selain itu, di antara keunikan yang terdapat diresort ini adalah Spa Village Tanjong Jara ...

Tip Tempah Bilik Dengan Bijak

Image
Setiap kali ingin bercuti atau ada urusan, ramai yang risau untuk menempah bilik penginapan. Bimbang jika bilik yang ditempah mahal dan tak berbaloi dengan apa yang di bayar. Sebagai pengenalan kita perlu kenal pasti bahawa biasanya hotel mempunyai jenis-jenis bilik berikut: bilik standard bilik superior bilik deluxe bilik family bilik executive junior site executive suite presidential suite royal suite Pada umumnya, hotel yang bertaraf 4 dan 5 bintang sahaja yang mempunyai semua jenis bilik di atas. Namun bagi hotel 3 bintang dan ke bawah, lazimnya menyediakan bilik yang lebih murah iaitu bilik standard. Bagi hotel 2 bintang dan orkid iaitu kategori hotel budget juga menyediakan bilik yang lebih murah dengan kemudahan asas yang standard. Apa yang mungkin membezakan adalah kemudahan dalam bilik seperti peti sejuk, seterika serta kemudahan di hotel itu sendiri yang membezakan harga bilik. Pada umumnya, harga bilik hotel 4 dan 5 bintang di Malaysia adalah RM200 dan ke atas. Jika anda mem...

Tips- Tips Memilih Agensi Pelancongan

Jika anda memilih untuk melancong dengan menggunakan Agensi Pelancongan @ Travel Agent, pastikan anda memilih dengan bijak. Ini Kerana kepakaran setiap agensi adalah berbeza bagi memenuhi kehendak anda sebagai pelancong, pelanggan dan pengguna. Di sini beberapa tip yang boleh di kongsi: membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang yang dipilih. Perlu diingat yan terendah bukanlah yang terbaik. Pastikan ia selaras dengan budget anda. Menyelidiki latar belakang agensi, lesen, serta permit syarikat yang sah. Ia adalah sebagai langkah keselamatan agi mengelakkan anda ditipu dan sebagainya. Mengambil tahun syarikat penerbangan dan jenis perjalanan jika pakej yang dipilih termasuk tiket penerbangan. Ini kerana setiap agensi penerbangan mungkin menyediakan perkhidmatan yang berbeza atau ada kos-kos tambahan yang lain. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi. mengenalpasti cara bayaran ...

Durian oh Durian

Image
w alaupun Ramadhan menjelma, kemeriahan untuk merasai serta menjamu dan menikmati durian tidak terhenti begitu sahaja. Apalagi kedatangan musim buah bersama raja buah ini hanya sekali setahun. Peluang yang datang takkan dilepaskan begitu sahaja. Sebeleum Ramadhan baru-baru, blogger sempat menjelajah kebun durian di Setiu iaitu di Agro Resort. Kebun seluas hampir 40 ekar ini turut di tanam dengan dokong, rambutan, manggis, salak, abiul, duku dan lain-lain. Cerita kita tentang durian. Di sini terdapat 4 jenis klon durian terpilih iaitu MDUR 88 dan MDUR 79 iaitu benih daripada MARDI. 2 lagi klon adalah D24 dan Bantal Emas. Durian-durian sentiasa menjadi rebutan dan pilihan para pengunjung yang berkunjung ke resort ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pengunjung yang berkunjung ke sini untuk medapatkan durian terpilih ini. Selain berkunjung ke kebun, para pengunjung boleh menikmati durian samada makan bersama santan dan gula melaka atau di jadikan pengat durian. Menu ini sering me...

Terengganu dan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang memang ditunggu-tunggu . Di negeri Terengganu akan nampak kemeriahannya terutama bazar-bazar Ramadhan dari Kemaman hinggalah ke Besut. Ramai yang mencuba bakat menjadi usahawan di Bazar Ramadhan serta karnival yang berkaitan. Apa yang menarik dan unik adalah kemunculan kuih-kuih terpencil dan asing pada bulan-bulan lain tetapi menjadi trademark pada setiap Ramadhan. Pelbagai jenis kuih muih menghiasi juadah meja jualan. Bagaikan kelabu dan bercelaru mata memantaunya. Rambang mata dibuatnya. Apapun pada Ramadhan 2010 ini jelas menunjukkan bahawa harga kuih muih serta lauk pauk telah meningkat harganya berbanding sebelum ini. Bilangan kuih yang boleh di beli dengan harga RM1 dan kurang dan kalau adapun bilangannya dah makin mengecil dan sedikit bilangannya. Manakala lauk-pauk pula semuanya bermula dengan RM3, itupun bukan lauk utama, kata orang setakat kerabu je, puratanya bermula dengan RM5. Pembelian dibazar Ramadhan tahun ini nampaknya kenalah buat budget ...

Fakta Menarik Pulau Redang

Fakta Menarik berkenaan Pulau Redang; Terletak 50km di luar pantai Kuala Terengganu Merupakan salah satu lokasi selam skuba (scuba diving) yang terbaik di Malaysia Mempunyai spesis batu karang tertua di dunia Penerima Anugerah Pelancongan Malaysia anjuran Tourism Malaysia dalam Kategori Alam Semulajadi Terbaik sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1994/95 dan 2002/03 Lokasi selam skuba di Pulau Redang Tanjung Lang Tanjung Tok Kong Tanjung Gua Kawah Pasir Panjang Batu Mak Chantek Penginapan di Pulau Redang Berjaya Redang Beach Resort Coral Redang Island Resort Laguna Redang Redang Bay Resort Redang Beach Resort Redang Kalong Resort Redang Lagoon Redang Reef Resort Redang Lang Island Resort Redang Holiday Beach Villa Resort (di susun dan dirujuk dari Libur Julai 2008 ms 77)

Pulau Redang..... wonderful island

Image
Pulau Redang ... destinasi yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk ke Terengganu. Tarikannya bagaikan magnet bukan sahaja menggamit pelancong tempatan malah antarabangsa. Sebaik sampai di jeti Merang untuk menaiki bot, telah timbul rasa teruja yang menceritakan bahawa Pulau Redang memang benar-benar cantik, kata orang indah khabar indahlah rupa. Untuk ke sana kita boleh menaiki bot samada dari jeti Merang ataupun menggunakan feri dari Kuala Terengganu. setelah sampai di sana keindahan pasir pantai yang memutih pastinya memukau mata anda. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Pulau Redang mempunyai dua pantai yang mempersonakan iaitu pantai Pasir Panjang yang juga terletak banyak chalet dan resort di sini serta pantai Teluk Dalam Kecil. Apa yang menarik, pelbagai aktivitiviti boleh dilakukan di sini. Antara yang paling menyeronokkan adalah 'snorkeling' sambil menikmati keindahan alam bawah laut yang jauh berbeza dengan dengan alam daratan. Pelbagai spesis ikan dan kar...

Gua Bewah .. Warisan Pra Sejarah

Image
Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir , Hulu Terengganu , Terengganu , Malaysia . Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara . Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan . Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar . Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi. Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua Bewah. Rangka Manusia Zaman Mesolitik Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu pernah melakukan ekskavasi pada 10 hingga 24 Julai 1976.Artifak yang ditemui termasuklah rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang-cengkerang siput sedut yang dipotong pada segmen ketiga.Titisan air menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz fo...

Aura Alam Semulajadi di Lake Kenyir Resort & Spa

Image
Terdapat banyak sebab mengapa Tasik Kenyir sering menjadi perhatian pengunjung samada dalam mahupun luar negeri Terengganu. Salah satu daripadanya ialah ia bagaikan syurga kaki pancing serta suasana penginapan alam semulajadi yang menarik iaitu di Lake Kenyir Resort & Spa. Terletak dalam kawasan seluas 6 ekar, resort ini menyediakan sejumlah 148 buah chalet yang selesa untuk pilihan anda. Terdapat 4 jenis bilik yang ada di resort ini iaitu Superior, Deluxe , Executive dan Kenyir Suite. Salah satu keunikan resort ini terletak pada senibinanya di mana binaan bangunannya adalah daripada kayu cengal serta rekaan keseluruhan yang bercirikan budaya masyarakat Terengganu. Lokasi resort adalah dikelilingi dengan kawasan hutan dan taman landskap yang indah dan hampir kesemua chalet di sini menghadap keindahan Tasik Kenyir. Di samping kemudahan asas seperti restoran dan kolam renang, resort ini turut menyediakan sebuah spa untuk anda mengembalikan kesegaran tubuh anda setelah penat bekerja....

Taman Tamadun Islam... monumen dan bayaran masuk

Image
Di antara monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man Al Hambra, Sepanyol Masjid Agung Samara, Iraq Masjid Aleppo Citadel, Syria Great Mosque Agadez, Nigeria Menara Kalyan, Uzbekistan Masjid Kul sharif, Tatarstan, Rusia Pattani Central, Thailand Masjid Abu Nasr Parsa, Afganistan Masjid Kudus Minar, Jawa, Indonesia Masjid Negara, Kuala lumpur Masjid Nabawi, Madinah Masjid Sheikh Lutfalla, Iran Masjid Mohamed Ali, Mesir Tugu Kompleks Suleyman, Turki Masjid Badshashi, Pakistan Masjid Xian, China Masjid Besar Qairawan, Tunisia Waktu operasi 10.00 am- 7.00 pm (Isnin hingga Khamis) 9.00 am -7.00 pm (Jumaat hingga Sabtu) Kemasukan akhir adalah pada jam 6.15 pm Taman ini di tutup pada hari Selasa kecuali pada Cuti Sekolah dan Cuti Umum Yuran masuk: warga Malaysia RM10.00 Dewasa dan RM5.00 kanak-kanak (7-12 tahun) Bukan warga Malaysia RM20.00 Dewasa dan RM10.00 kanak-kanak (7-12 tahun) Kadar istimewa untuk warga emas dan berkumpulan Maklumat lanjut boleh hubungi : 09-6278888 ...

Promosi Ramadhan

Image
Ramadhan telah pun hampir tiba, kini sana sini kelihatan promosi Ramadhan telah menjelma, begitu juga promosi di Agro Resort, Setiu, Terengganu turut menawarkan Promosi Ramadhan dengan harga yang menarik serta potongan harga bilik sehingga RM50%

Kampung Cina... apa menariknya kat sini

Image
Kampung Cina adalah 'Chinatown' di Kuala Terengganu di mana ianya menjadi destinasi penting di negeri Terengganu. Ianya amat terkenal dengan bangunan warisan sebelum perang. Kesan tinggalan sejarah ini amat jelas sekali dan ianya kini dijaga dengan baik dan cantik sebagai warisan negeri. Deretan kedai lama di sepanjang jalan di Kg Cina ini masih jelas dapat dilihat dan dihayati melalui budaya penduduk di sini dengan meja kayu klasik, buku-buku lama dan pelbagai peralatan lama. Dua tokong di sini iaitu Ho Ann Kiong yang dibina pada 1801 dan Tien Hok Kong pada 1896 telah mendapat pengiktirafan UNICEF sebagai Warisan Sejarah. Bangunan di Kg Cina ini dipercayai telah diduduki oleh kaum Cina yang tiba ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 19. Maka amat wajarlah warisan sejarah dan budayanya terus dijaga sebagai daya tarikan dan pemuliharaan warisan di negeri Terengganu ini. Kehebatan Kg Cina ini tak kurang sebagaimana terkenalnya Penang Road di Pulau Pinang. Warisan di Terenggan...

Asal- Usul Kemaman

Image
Daerah Kemaman iaitu daerah yang paling selatan di Negeri Terengganu. Tahukah anda asal usul 'Kemaman' dan siapakah yang memberikan nama tersebut? Mari sama-sama kita telusuri sejarah dan hikayat tentang asal usul Kemaman ini. Mungkin ramai yang tahu bahawa asal usul nama 'KEMAMAN' adalah daripada sebutan 'KERA MAMAN'. Tetapi lama-kelamaan nama daerah ini telah dipendekkan menjadi KEMAMAN sebagaimana sebutan sekarang. Mengikut sejarah kira-kira 100 tahun yang lalu, ada satu kumpulan pelayar yang terdiri daripada para pedagang serta pendakwah agama Islam telah berlabuh di muara Sungai Kemaman. Mereka ini dipercayai sedang mencari perlindungan dari serangan lanun di negara asal mereka iaitu di Selatan Siam. Sedang mereka sedang berehat di muara sungai tersebut, ketua kumpulan pedagang tersebut iaitu 'Lebai Saras' telah terlihat sekumpulan monyet sedang bermain-main di dahan pokok ditebing sungai. Lalu ia berkata, " Hai awak-awak, cuba lihat monyet-mo...

Tasik Kenyir... memang mengasyikkan..

Image
Tasik Kenyir yang terletak 55 km daripada Kuala Terengganu adalah antara tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan di antara yang unik di dunia. Keluasan kawasannya meliputi 369 km persegi. Dengan kata lain, kita boleh ambil bandaraya Kuala Lumpur dan letak dalam Tasik Kenyir. Ianya bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan unik, malah ia juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jenagor, Hulu Terengganu. Keseluruhan pulau yang ada di Tasik Kenyir selepas ia dilimpahi air adalah 340 buah pulau. Dengan dikelilingi suasana Hutan Hujan Tropika, Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta alam semulajadi, kaki pancing, jurugambar serta yang gemarkan cabaran. Di antara aktiviti yang selalu menambat hati pengunjung di sini adalah memancing, mandi air terjun, berkayak, menyusuri tasik dengan bot serta aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki Gunung Gagau atau menjejak jejak Mat Kilau. AIr yang jernih di Tasik Kenyir pastinya...

Pengunjung blog