Posts

Showing posts from October, 2010

Beca Terengganu.. ke mana nasibnya

Image
(gambar ehsan MBKT) Terdengar berita di radio Terengganu FM tentang perlunya usaha memulihara warisan beca Terengganu. Di mana sekarang ini ia tidak lagi mendapat sambutan dan tidak sepenting sebagaimana dulu. Apa usaha kita dalam menjaga warisan beca Terengganu ini?. Boleh dikatakan kebanyakan pengayuh beca adalah mereka yang miskin dan hidup susah. Jadi kehidupan mereka akan bertambah susah jika tiada usaha memulihara dan menginovasikan beca ini supaya bernafas kembali dan boleh memberi pendapatan yang memuaskan kepada pengayuh-pengayuh ini. Mungkin sudah tiba masanya beca ini bertukar menjadi ' motobeca ' supaya jarak operasi mereka lebih jauh dan tidak lagi memerah kudrat dan keringat pengayuh tua. Operasi motobeca mungkin boleh melangkau perjalanan dari bandar ke Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung, Batu Enam, malah mungkin sampai ke Bukit Payung.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Hari ini blogger menerima jemputan untuk Majlis Penyampaian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu sebagaimana berikut: Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan) Ke : Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 Tarikh : 2 November 2010 (Selasa) Masa : 4.30 petang Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

Makan Nasi dengan Asam Pedas di Kuala Brang

Hari ini, blogger memulakan perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor di atas urusan kerja. Memilih jalan dari Setiu melalui simpang Kg Bt 29- Kg Langkap- Kg Pelong- Kg Tajin dan seterusnya ke bandar Kuala Brang. Pemandangan kehijauan kebun-kebun serta ladang kelapa sawit memang mendamaikan. Perjalanan juga lancar dan selesa. Jam telah menunjukkan waktu tengahari yang terdetik di perut, "lama sudah tidak merasa nasi ulam budu dengan asam pedas di Kuala Berang'. Bersama rakan blogger memilih untuk di kedai yang menjadi kebiasaan berhampiran gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang rebus setelah memasuki simpang ke bandar Kuala Brang daripada Sg Tong.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu... menghimpunkan pengusaha dan penggiat pelancongan

Image
Pada 7 Oktober baru-baru ini, blogger mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu serta kerjasama MATTA, MBHA, MAH dan lain-lain agensi dan penggiat pelancongan di Muzium Negeri Terengganu. Suasana majlis berlansung dengan meriah sekali. Pelbagai masakan tradisi ditampilkan oleh agensi dan hotel-hotel yang masing-masing mengekalkan tradisi dan keuinikan masakan serta warisan kuih-muih tradisi. Apa yang pasti blogger cukup tertarik dengan kuih muih daripada Peranakan Terengganu yang kini sudah berasimilisasi dengan budaya Terengganu seperti Roti Paun dan lain-lain. Juga yang paling istimewa adalah Nasi Dagang Terengganu yang memang sedap. Sesuatu yang sukar di cari di tempat lain... Suasana yang nyaman di perkarangan Muzium Negeri Terengganu telah memberi satu ketenangan disamping dapat berjumpa rakan-rakan dalam industri pelancongan terutama hotel-hotel, ag...

Jamuan Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu..ada kambing panggang

Image
Di penghujung Syawal baru-baru ini, blogger berkesempatan mengunjungi Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Wisma Peladang berhadapan dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh semua warga kerja LPP dan PPK seluruh negeri Terengganu, warga petani dan peladang serta kakitangan jabatan dan agensi yang berkaitan. Banyak sekali makanan disajikan daripada masakan tradisional seperti Nasi Minyak, Gulai kawah kambing, lemang, ketupat, rendang, laksa serta kuih tradisional seperti tapai pulut, buah-buahan, sate dan yang paling istimewa adalah Kambing Panggang . Dua ekor kambing panggang dihidangkan untuk hadirin. Nampak sungguh sedap kambing panggang yang telah diperap. Untuk makluman Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah dalam memajukan ternakan kambing dan akan menjadi antara pembekal utama kambing terutama daripada baka Boer di negeri Terengganu. Kira-kira 2000 ekor ka...

kembali ke blog, Macam-macam Program di Terengganu

Selepas berhenti rehat hampir 10 hari, kini tarikh bersejarah 10.10.10 blogger kembali semula ke alam maya dengan semangat baru. Bukan semangat seperti orang yang berkahwin yang memilih tarikh bersejarah ini, tetapi setelah penat dalam menumpukan kepada tugas dan kerja, kini semangat kembali membuak untuk kembali diruang maya. Banyak lagi bahan dan cerita untuk di kongsi. Sepanjang 10 hari ke belakang ini pelbagai cerita akan ditampilkan semula antaranya, majlis Hari Raya LPP Negeri Terengganu dan Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, Merayau malam Di Taman Shahbandar, serta Hening di Water Front. Semasa menghadiri Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, blogger di sapa bahawa ada yang sentiasa mengikuti blog Terengganu My Heritage samada melalui blog, google news atau facebook. Blogger juga sempat berkunjung ke destinasi baru pelancongan Terengganu iaitu Pulau Warisan. Walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi telah mula mencuri tumpuan apabila Program SUA RASA anjuran TV9 di adakan disi...

Tirai pertandingan sudah berlabuh

Tepat jam 12.00 malam 30 september 2010, maka berlabuhlah tirai pertandingan Blog Pelancongan Terenganu 2010. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menarik dan melahirkan begitu ramai sekali blogger-blogger yang sebahagian besarnya anak Terengganu. Bayangkan jika setiap blog mempunyai lebih kurang 100 pengikut atau pembaca, jika kita ada 100 blog maka telah ada 10,000 pembaca atau pengikut dan ianya akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Itu belum dikira jika blog itu boleh mencapai 100 pengikut atau pembaca sehari. Jika begini keadaannya, industri pelancongan Terengganu akan berkembang lebih cepat dan pantas dari yang dijangkakan. Segala komen,komentar mahupun cadangan akan lebih cepat diketahui, idea, saranan dan sebagainya akan berkembang lebih pesat. Khazanah dan warisan Terengganu akan tersebar lebih luas ke serata alam. Usah dirisau pasal bahasa kerana banyak sekali program atau widget alih bahasa untuk pelancong asing dari benua mana sahaja untuk sama-sama mengetahui he...

Pengunjung blog