Beca Terengganu.. ke mana nasibnya

(gambar ehsan MBKT)



Terdengar berita di radio Terengganu FM tentang perlunya usaha memulihara warisan beca Terengganu. Di mana sekarang ini ia tidak lagi mendapat sambutan dan tidak sepenting sebagaimana dulu. Apa usaha kita dalam menjaga warisan beca Terengganu ini?.

Boleh dikatakan kebanyakan pengayuh beca adalah mereka yang miskin dan hidup susah. Jadi kehidupan mereka akan bertambah susah jika tiada usaha memulihara dan menginovasikan beca ini supaya bernafas kembali dan boleh memberi pendapatan yang memuaskan kepada pengayuh-pengayuh ini.

Mungkin sudah tiba masanya beca ini bertukar menjadi 'motobeca' supaya jarak operasi mereka lebih jauh dan tidak lagi memerah kudrat dan keringat pengayuh tua. Operasi motobeca mungkin boleh melangkau perjalanan dari bandar ke Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung, Batu Enam, malah mungkin sampai ke Bukit Payung.



Perjalanan dalam bandar akan lebih menyeronokkan jika pengunjung atau pelancong akan dapat menikmati keindahan bandar Kuala Terengganu dengan lebih lama malah boleh merasa Nasi Dagang di Chendering dan terus bersiar-siar di Masjid Terapung, Kuala Ibai dan kembali bersiar di Taman Shahbandar atau Pulau Warisan. Jika kita mengharapkan kudrat tua pengayuh beca sekarang, maka setakat kayuhan sekitar pasar payang dan shahbandar sahaja dapat kita mengelilingi dengan beca itu.

Jelas sekali beca Terengganu perlukan 'nyawa baru' untuk terus hidup menongkah arus.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog