Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Hari ini blogger menerima jemputan untuk Majlis Penyampaian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu sebagaimana berikut:

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan
Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan)
Ke :

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010


Tarikh : 2 November 2010 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

Pakaian : Kemas / Pejabat / Batik

>>> Sila Sahkan Kehadiran Kepada : Urusetia PBPT 2010,
Tel : 09-6230582 ; Fax : 09-6317504
“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”
ATURCARA
4.30 petang : Ketibaan Jemputan

4.50 petang : Ketibaan VIP

5.00 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu

: Bacaan Doa

: Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri,
Terengganu.
: Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu
5.50 petang : Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog
Pelancongan Terengganu 2010
6.00 petang : Keputusan dan Penyampaian Hadiah
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
: Sesi Bergambar

: Jamuan Ringan

: Bersurai

Berdebar juga rasanya menunggu keputusan juri dan hakim setelah sekian lama berhempas pulas memerah otak dan keringat dalam menjadi blogger.

Apapun yang penting matlamat membawa industri pelancongan Terengganu ke satu tahap yang lebih baik akan membuahkan hasil dan kejayaan hasil gabungan blogger-blogger yang menyertai pertandingan ini.

Dengan ini maklumat berkaitan pelancongan negeri Terengganu akan tersebar luas dengan lebih pantas ke seluruh pelusuk dunia. Pelbagai persepsi serta dimensi pendapat dan maklumat telah ditonjolkan oleh peserta-peserta.

Apapun tahniah kepada semua blogger yang telah layak ke peringkat akhir dan menjadi finalis.
Kita jumpa di Primula Beach Resort pada 2 November 2010.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog