Makan Nasi dengan Asam Pedas di Kuala Brang

Hari ini, blogger memulakan perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor di atas urusan kerja. Memilih jalan dari Setiu melalui simpang Kg Bt 29- Kg Langkap- Kg Pelong- Kg Tajin dan seterusnya ke bandar Kuala Brang. Pemandangan kehijauan kebun-kebun serta ladang kelapa sawit memang mendamaikan. Perjalanan juga lancar dan selesa.

Jam telah menunjukkan waktu tengahari yang terdetik di perut, "lama sudah tidak merasa nasi ulam budu dengan asam pedas di Kuala Berang'. Bersama rakan blogger memilih untuk di kedai yang menjadi kebiasaan berhampiran gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang rebus setelah memasuki simpang ke bandar Kuala Brang daripada Sg Tong.



Menu pilihan hari ini, asam pedas ikan patin, sayur peria goreng, ikan talapia goreng, sambal ikan, beserta ulam-ulaman dan budu. Air yang menjadi pilihan adalah Jus Pegaga Asli. Ulam dan jus yang istimewa di sini adalah ulam 'Gedebe Lembu'. di tempat lain mungkin dikenali dengan 'Bayam Peraksi'. Keunikan namanya membuatkan kita ingin cuba. Banyak masakan tradisional ada di sini daripada masak sayur lemak pucuk campur, ikan air tawar bakar dan macam-macam lagi.

Memang berselera menjamu selera di sini dengan hidangan ikan dan ulaman segar. Bandar Kuala Brang ini memang terkenal dengan masakan asam pedas ikan baung, patin serta kelah. Rasanya juga berbeza dengan asam pedas yang lain. Dengan kata lain ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ia turut terkenal dengan pekan jagung dan kacang yang bermutu. Memang sedap jagung disini yang hidup cukup subur dan dapat dilihat sepanjang jalan.

Di sini juga terdapat tanda atau monumen sejarah yang terkenal iaitu Monumen Batu Bersurat yang terletak tidak jauh daripada Bandar Kuala Brang di mana Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai di Kg Buluh, Kuala Brang. Juga destinasi pelancongan terkenal iaitu AIr Terjun Sekayu serta Jeram Belukar Bukit.

Keunikan bandar ini adalah ia terletak dibawah paras Tasik Kenyir. Oleh yang demikian ia terkenal sebagai Bandar Di Bawah Tasik.

Selepas makan tengahari blogger meneruskan perjalanan yang masih jauh. Cadangan selepas ini adalah membeli keropok di Kg Geliga, Kemaman untuk dijadikan buah tangan perjalanan.

Sebenarnya banyak sekali cerita dan destinasi menarik tentang Kuala Brang ini samada tempat, sejarah, destinasi pelancongan, budaya dan macam-macam lagi. Insyaallah kita akan terokai dengan lebih mendalam lagi selepas ini.

Apabila anda mengenali Terengganu, pastinya ia akan dekat dihati anda.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog