Sudah tiba masanya stesen minyak dibangunkan secara mesra pelancong

gambar hiasan

Dua hari lepas semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, blogger telah berhenti sebentar di Stesen Minyak Petronas Batu 6, Kuala Terengganu. Stesen ini sememangnya antara tandas stesen minyak yang sentiasa bersih dan sentiasa dijaga kebersihannya.

Tidak berapa lama, telah berhenti dua bas persiaran dan turunlah penumpang yang terdiri makcik-makcik kaum Tionghua atau berbangsa Cina. Maka berbaris panjanglah mereka di tandas lelaki dan perempuan yang hanya mempunyai satu tandas lelaki dan satu tandas wanita. Bayangkan penumpang dua buah bas lebih kurang 70 hingga 80 orang beratur dengan muka berkerut menahan kencing. Kesian pula tengok. Bagi yang lelaki dua tiga orang melilau mencari sudut terlindung untuk melepaskan hajat masing-masing. Kalau seorang memerlukan 5 minit, maka 400 minit diperlukan dan jika dua tandas maka setiap tandas dalam 200 minit atau 3 jam 33 minit.

Pengajarannya, sudah tiba masanya pihak pengendali Stesen Minyak samada PETRONAS, SHELL, CALTEX, PETRON, MOBIL atau ESSO menyediakan tandas yang lebih banyak, lebih sempurna dan lebih selesa bagi keselesaan pelancong ataupun menampung keperluan penumpang yang lebih ramai. Itu belum dikira bagi mereka yang ingin membuang air besar yang tentunya mengambil masa yang lebih banyak.

Bagi penumpang muslim boleh mangambil inisiatif untuk berhenti di tandas masjid yang kadang-kadang bersih, kadang-kadang menjengkelkan.

Pujian harus diberikan kepada pengusaha Petronas Rhu Tapai, Merang yang telah berusaha menyediakan tandas tambahan yang lebih selesa kepada pengguna.

Dalam kita berusaha meningkatkan perkhidmatan pelancongan, maka sebegini perlu dititikberatkan dan diberi perhatian serius oleh kerajaan Negeri Terengganu mahupun pihak berkuasa tempatan sebelum meluluskan setiap pembangunan baru stesen minyak.

Kita perlu belajar daripada Negara Thailand yang begitu terancang dalam membangunkan setiap stesen minyak disepanjang jalan seluruh Thailand. Ia dibangunkan dengan tandas yang banyak, kemudahan medan selera, gerai buah-buahan serta produk tempatan serta ruang tempat letak kereta yang selesa.

Keadaan ini juga mampu menampung keperluan semasa cuti sekolah dan cuti perayaan di mana stesen minyak adalah hentian rehat penumpang. Keperluan ini perlu diambil kira sebagai asas penting dalam industri pelancongan Negeri Terengganu.

Comments

MalizaMah said…
hooo... ok juga tu idea nya..

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog