iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 7 April 2014

Amazing Setiu: Membelai ikan di sungai Kampung Pelong.




JINAK...Pengerusi JKKK Kampung Pelong, Abdul Rahman Abu Bakar (kiri) sedang memberi makan sekumpulan ikan di Taman Santuari Kelah, Kampung Pelong, Setiu, semalam.

Taman Santuari yang terletak di sebatang sungai di Kampung Pelong itu memiliki pelbagai jenis ikan, antaranya ialah ikan kelah dan lampang.

"Kita mula membiakan ikan ini sejak 2011 lagi dimana ikan kelah sebanyak 2,000 anak dan lampang sebanyak 10,000. "Lebih separuh ikan itu dapat membesar dan membiak dengan baik.

Abdul Rahman@Shafie.
Paling ramai ialah ikan lampang manakala ikan kelah sekitar 10 peratus daripada jumlah ikan lampang," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh datang memberi makan dan melihat beribu-ribu ikan di santuari itu di mana lokasinya sekitar hanya 500 meter daripada pekan Kampung Pelong.

"Kita bercadang mahu manjadikan kawasan santuari ini sebagai satu tempat kehadiran pelancong luar dan dalam negeri ke daerah Setiu ini dan mereka boleh menyentuh ikan-ikan ini kerana ia jinak ketika memberi makan," katanya.-Aminudin.


Merendam kaki untuk terapi ikan.

Seorang penduduk menunjukan larangan memancing

Antara penduduk kampung yang hadir.


JKKK Pelong bergambar kenangan di jeti santuari.

Seorang kanak-kanak memberi makan ikan.
Sungai di Kampung Pelong yang dihuni beribu ikan.
Sebahagian ikan yang menghampiri jeti.

@teganukita

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog